Monday, January 30, 2012

Drama Asmara TV3- ending tak best!


     Sempena cuti semester panjang tadi, aku habiskan masa buat marathon tengok drama Asmara yg pernah disiarkan kat TV3. Mula-mulanya agak tertarik dengan jalan cerita drama asmara ni yang mengisahkan tentang Asmara yang dipaksa kahwin oleh papa zahlia untuk menutup malu keluarga gara-gara Zahlia yang dah mengandungkan anak Razik iaitu musuh keluarga Zahlia. Zahlia yang pada mulanya membenci Asmara kerana memandang rendah pada Asmara yg bersal dari kampung akhirnya jatuh cinta dan sayang pada Asmara.



    Oleh kerana jalan cerita ni macam menarik so aku pon tengok lah, siap buat marathon lg tengok gara-gara excited dengan jalan cerita ni. Tapi ternyata ending dia agak mem-frustkan!! Untuk drama Asmara yang pertama ending dia macam hampeh. Mungkin pengarang cerita ni suka sangat dengan watak Melati kot. Boleh pulak kononnya papa zahlia ni tipu Asmara cakap Zahlia dah mati dan Zahlia ada tulis surat kat Melati cakap kalau apa-apa jadi kat dia, dia nak Melati yang jaga Asmara and Adam. Hai.. ni la pasal aku malas nak tengok cerita cintan-cintan ni.. Lebih-lebih lagi cerita melayu yg bagi sad ending! Letih je tengok tau!



     Gara-gara ketidakpuasan hati, drama Asmara 2 aku malas nk tengok. Terus aku tengok episod last ke 13 dia sebab malas nk tgk cerita-cerita sedih ni. Seriously tengok cerita drama yg ending sedih ni memang bikin sakit hati je dan tak baik untuk kesihatan. huhu.. ending stroy untuk drama Asmara 2 pon sama jugak.. zahlia dengan Asmara tak bersama pon. hey, nasib baik tengok ending dia dulu.. kalau tidak mesty frust menonggeng tengok drama Asmara 2 ni.. 

Dengar cerita jugak akan ada Asmara the Movie nanti... Tapi aku kureng percaya lah.. and kalau betol ada pon aku nk tawu ending dia dulu.... Kalau macam ni lah ending dia.. malas nk tengok!

Nota kaki: pelik bila aku mula start tengok drama melayu ni.. jarang sangat..!!

Thursday, January 26, 2012

GEBU, OSBON dan ADLIN MAHARAJA LAWAK MEGA!

huhuhu. maybe entry aku ni kedengaran agak aneh dan pelik sebab musim maharaja lawak mega dah lama pon berlalu.. and seperti sedia maklum.. Osbon jadi juara, diikuti oleh BOBOI dan tempat ketiga oleh kumpulan indonesia iaitu Saehu.. hem.. actually, untuk maharaja lawak mega ni aku kurang ikuti perkembangan dia sebab selalu xada kat rumah and kurang berminat coz secara jujurnya aku rasa tak semua peserta ber taraf maharaja lawak mega.. sesetengah kumpulan ni aku rasa berada pada level learning comedian... anyway.. jom tengok sesetengah video maharaja lawak mega yg aku post kan kat bawah ni nak?? nak bg commentar sikit!! ngeh.. ngeh!!

GEBU DAN TELATAHNYA!!


Video kat atas ni  merupakan pada minggu pertama gebu perform... Well, aku rasa pada peringkat awal memang adat lah kalau kumpulan gebu ni buat salah and kurang memuaskan sebap nya biasalah.. xboleh nk harapkan org 2 sentiasa perfect kan? Tapi sayangnya, kumpulan ni di bidas teruk oleh penonton yg komen dorang pasal kes " tak cukup kain" dan "main-mainkan lagu Maher Zain". Kesian akak-akak gebu ni...


                                        

Minggu kedua persembahan dari gebu!! Seriously, bila aku tengok dorang ni perform, memang aku tergelak-gelak.. bukan gelak kelakar.. tapi gelak pening..pening pikir apa yg dorang cuba nak buat and tunjuk sebenarnya.. Gebu mcm nak perli penonton melalui lagu.. Mcm nak melepaskan kemarahan melalui cara yang sinis... and tengok chef wan comment kata dorang ni mcm "meroyan".. agak setuju dengan chef wan... sebap memang dorang ni merepek.. pape pon aku xpenah membenci or anty kumpulan ni.. cuma kelakar tgk lawak yg dibuat secara tak tersengaja oleh mereka ni.. 


Osbon the Awesome!!

hehe.. cakap apsal Osbon memang best... lawak- lawak mereka ni senantiasa perfecto and kelaka.. lebih-lebih lagi si Abun dengan lorat jawa dia..!! hehe.. best.. chayok2!!


                                 

hahaha... bila abun jadi pengantin perempuan.. minggu ke-empat performance dari Abun ni memang best! Lawak tentang sepasang pengantin yg tak pernah tengok muka dan dijodohkan.. kelaka gila siot! lawak segar dari ladang!! hehe.... 


                                  

Video kat atas ni pon boleh tahan jugak lawaknya! Hahaha.. mengisahkan tentang kehebatan orang jawa gitu!! haha. kata abun.. orang kawa.. kalau nyambil-nyambil aje, kalau gurau-gurau aje and macam lagi2.. haha..... terbaik!

                                    
hahaha.. lawak abun bila dia tengah mengandung.. konfiden cantik tau awek kat atas ni! hehe.... pendek kata dorang memang layak memegang title juara!


Adlin, lawak dan kontroversinya


                                   
hey.. aku tawu Adlin memang ada kontroversi yg terok bila dia kuar je dari maharaja lawak mega berikutan dari kes perang dingin fb antara Chef Wan dan Adlin. Adlin dikatakan naik marah gara-gara Chef Wan yg membuat ulasan mengenai persembahan nya sewaktu di  maharaja lawak mega di facebook! Tak lama lepas tu, chef wan balas kenyataan Adlin dengan menjawab yg dia just menjalankan kerja dia sebap pihak astro yg mintak dia untuk tulis komen-komen tu.. Anyway, aku malas nk komen banyak pasal benda tu, dari pembacaan aku, ramai yg hentam Adlin ni cukup- cukup.. Dorang ckp adlin ni xprofesional dan sebagainya.. Boleh tahan jugak yang ungkit pasal Adlin sewaktu jadi juri AF dulu yang mulutnya lebih kurang laser jugak.  

HAihh.. entah lah macam-macam... bagi aku benda ni biasalah.. juri-juri macam adlin and chef wan ni sebenarnya just jalankan kerja diorang je.. diorang di bayar dan dorang bgtawu apa yg diorang rasa je. berkata jujur tu tak salah.. lagipon bukan nya senang nak puaskan hati semua pihak kan? Mungkin cara hidop diorang dan gaya percakapan dorang tu agak kasar dan laser. tapi persoalannya kita tak boleh harapkan orang akan sentiasa menjaga hati kita je kan.. siapa kesah dengan kau? betol tak?

ok.. video kat atas ni aku rasa persembahan terbaik dari Adlin.. lagu Paramjadhu ciptaan dia ni memamng best!! layan jom!

nota kaki :( dah berbulan baru nak update pasal maharaja lawak mega.. hehe,.. ketinggalan zamannnn gilerh!! anyway komentar di atas hanya berunsur pandangan dan bukannya rusuhan.. harap maklum!)





Tuesday, January 24, 2012

Baucar buku RM200



Tadaa... Baucar kat atas ni diberikan sempena dengan bajet 2012 yang dibentangkan oleh PM kita pada akhir tahun 2011 mengenai program pemberian sejumlah wang kepada pelajar IPTA dan IPTS.. huhu! enjoy sakan lah para-para ulat buku sekalian.. mesti masing-masing dah ke kedai buku pilihan dan borong sakan mengunakan baucar ni.. tp harap maklum yg baucar ni tak boleh digunakan untuk membeli majalah dan juga tidak boleh ditukar ganti dengan wang..

Tapi ada jugak aku dengar cerita yg baucar ni boleh ditukar di kedai buku tertentu... tapi jumlah dia berkurang daripada 200 kepada RM 150 sahaja! entah lah.. mungkin khabar angin je kot! hmm.. pada aku.. sesungguhnya kehadiran baucar ni hadir pada saat yg begitu tepat sekali... well.. next sem.. ada satu subjek yg kena beli buku AACR2 ( Anglo American CAtaloguing Rules 2nd ) orang2 dalam bidang library science mesty tawu benda ni! 

Selain  pada itu, pelajar-pelajar sekolah rendah pon xterkecuali jugak tau! dorang dapat RM100 cash lagi yang diagihkan pada sekolah-sekolah.. Duit 2 boleh lah digunakan untuk membeli peralatan sekolah dan sebagainya..!

hmm.. untuk  mereka yg kurang berkemampuan ada jugak diperuntukkan RM 500 taw! 

so untuk membe-membe yg dapat jugak baucar 200 ni? korang beli apa dengan baucar 2??? hmm..


Sunday, January 15, 2012

BLUEBERRY bukan Blackberry ?

Blueberry 2800t : CSL Product

Tengok je model handphone keluaran daripada CSL ni mesti semua dah tahu yang produk ni merupakan keluran Malaysia pada tahun 2010 yang bercirikan ala-ala Blackberry.. Yang aku maksudkan ala-ala 2 adalah dari segi reka bentuk pada muka handphone ni yg sekali pandang.... kalau dari segi keistimewaan dia jauh sekali, blackberry lagi bagus...

ok.. kisah dia macam ni, baru-baru ni  CSL yang merupakan local company di Malaysia buat warehouse sale untuk clearance kan stock dia di Shah Alam.. seriously memang murah.. Satu handphone kat atas ni boleh dapat dalam harga RM 70 yang original punya siap satu set dengan casing, headphone, dan macam-macam lagi. ok.. manusia, nampak handphone murah mesti sapu punya lah kan, tak kesah walau apa brand sekali pon, janji kegunaan basic dia bole guna betol tak??? 

Oleh itu, family aku sahaja dah ambik 4 buah model handphone yg sama... al-maklum.. murah sangat.. boleh lah di buat spare part untuk apa-apa hal ke kan.. siap adik aku yang baru mula naik darjah 1 pon dapat jugak tau! Keadaan masa nak beli handphone ni pon memang sesak sangat.. orang berebot-berebot sambil menjerit.. puyohh!! huhu.....


Nota kaki: ayah bawak handphone bluberry ni pegi keje.. Tiba-tiba ada seorang bangla tegor," wow, blackberry!" hehehe....



Friday, January 6, 2012

The darkest hour- mesti tengok!! (movie review)

thumbs up for this movie.. filem ni memang agak gempak.. jom baca review dia!!


ok.. puas hati jugak bila dapat tengok movie ni. filem yg keluar pada penghujung december 2011 ni mengisahkan tentang  sekumpulan makhluk aneh berbentuk  cahaya yang telah menyerang bumi. boleh kata tujuan dia serang bumi sebab dia nak dapatkan makanan kat bumi.. makanan dorang pulak terdiri daripada besi, kuprum dan lain-lain. yang menariknya tentang movie ni, ialah cara makhluk pelik ni bunuh orang, sekejap je orang tu boleh mati tanpa tinggalkan kesan (jadi habuk). kat dalam cerita ni, ada sekumpulan orang ni, diorang survive untuk hidup dan cari jalan mcm mana nak kalahkan makhluk pelik ni.. jalan cerita agak menarik. so kalau nak tengok sendiri mcm mana dorang survive and lawan makhluk pelik tu.. kena lah serbu panggung sekarang k! 

makhluk pelik atau alien tu berbentuk cahaya taw.. cerita ni tak ngeri.. cuma aksi dia menarik! jom tengok!!



Thursday, January 5, 2012

Titanic 3D

Titanic 3D coming soon on April 2012
Jom tengok pada April 2012 ni, Titanic akan dibaharukan dalam bentuk 3D pulak, penggemar filem ni mesti pergi tengok kan!


Titanic. Dengar jer title ni mesti semua dah tawu kan cerita ni tentang apa. Seriously, bila tengok jer cerita ni, mesti rasa nak meleleh jer air mata ni. sedih tengok kisah percintaan antara jack dan rose yang sayu-sayu tu. selain daripada tu, aksi-aksi dalam filem ni jugak menarik taw.. Malah, cerita ni dibuat berdasarkan daripada filem yang sebenar. tu yang menyayatkan hati teringat berapa ramai mangsa yang terkorban.. hemm..

Babak sewaktu rose lakonan Kate Winslet menari tarian para kelasi dek bawahan.


Jack yang memakai sut diraja sewaktu dinner.


Babak romantic dalam filem ni, mesti semua tawu tentang scene ni kan?


Rose yang meminta gambar nude dengan memakai kalung dilukiskan 
oleh jack. she's so beautiful.

Lelaki yang memegang watak jahat dalam filem Titanic ni. tunang rose yang 
sentiasa menjadi penghalang kepada hubungan jack dan rose.


Babak sewaktu kapal Titanic melanggar iceberg dan menyebabkan kapal ini bocor
sehingga akhirnya menyebabkan kapal ini karam.


Saat-saat akhir sebelum kematian Jack gara-gara terlalu kesejukan. 

Inilah antara sedikit-sebanyak gambar-gambar aku jumpa sewaktu browse google images tentang cerita Titanic. Kongsikan bersama untuk tatapan kita semua. Gambar je tak cukup kalau tak dengar lagu tema dia kan. Jom dengar. lagu nyanyian dari Celine Dion ni. 


                                      

Hmm.. haih.. sedih betol setiap kali teringat tentang cerita ni. Dulu masa tengok cerita ni aku masih budak-budak and tak tahu apa-apa. Sampai sekarang tengok pon still layan lagi taw!! tak sabar tunggu 3D dia April nanti.. Jom pi tengok!!!
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

buble wish akmal azam

facebook

fieza lalaa glitters

free glitter text and family website at FamilyLobby.com