Saturday, October 12, 2013

Percutian ke Pulau Perhentian



                TAdaa... nampak tak pic kat atas tu.. kalau nak tawu itu lah pic dekat pantai long beach pulau perhentian kecil.. Aku baru jer balik dari pulau perhentian kecil bulan lepas... Saja  aku tulis entry ni sebap nak bagi sikit guide untuk siapa2 yang berhajat nak pergi ke pulau perhentian kan... so takde lah korang terkial-kial nak cari tawu apa and macam mana semuanya kat sana.. harap apa yang aku tulis boleh bantu korang okay.. kalau ada pape yang nak tanya.. jgn segan2 tanya je ok.. sharing is caring kan.. hehe.. aku cuba jawab yang termampu. kat bawah ni aku separate kepada beberapa part tok memudahkan korang faham okay..!!!

Pulau perhentian besar dan pulau perhentian kecil
Secara umumnya pulau perhentian terbahagi kepada dua...  pulau perhentian besar dan pulau perhentian kecil... Dekat pulau perhentian besar ni selalunya ada hotel besar-besar dan lebih sesuai untuk family yang nak pergi bercuti.. untuk remaja atau couplle adalah disarankan pergi pulau perhentian kecil sebap dekat pulau perhentian kecil lebih happening okay...  banyak mat salleh dan backpacker semua berkumpul dekat pulau perhentian kecil.. biasalah sebap dorang ni kalau boleh dapat bilik yang lagi murah sebapnya dorang nak stay lama dalam seminggu.. dua minggu camtu.. bukan mcm org kita 3 hari 2 malam je kan.. lagipon dorang bila waktu siang suka berjemur kat tepi pantai.. konon nak perang kan kulit.. eceh.. hehe.. mcm org kita  memang xmawu langsung la jemur bawah matahari kan... xkuasa menambahkan hitam yang memang dah terselah di kulit.. org asia katakan.. hihi... lagipun dekat pulau perhentian  kecik ni malam2 dia lagi happening tau berbanding perhentian besar.. kat perhentian kecik  dekat area long beach ada pesta api okay.. so korang boleh tengok lah beberapa org mat salleh buat persembahan api.. sambil2 tgk pesta api tu korang bole lah hisap shisha.. lepas dia dah buat persembahan tuh nanti dia akan datang dekat korang mintak donation or derma sebap dorang da perform.. so sesiapa bmurah hati boleh la hulur2 ok.. yg penting ikhlas.. xikhlas jgn bagi tau.. hehe...

tempat melepak tok tengok fire show

some of the fire show

Transportatian/pengangkutan ke pulau perhentian a.k.a jeti kuala besut
Time aku pergi hari tu aku naik bas je.... tak mampu nak naik flight sebap leceh sebap nanti da sampai airport khota baru nak kena ambil teksi and pergi ke jeti besut.. xke menyusahkan tuh.. senang dari segi masa tp money banyak keluar la.. huhu.. for those yang berkemampuan boleh la ok naik flight.. so waktu aku pergi hari tu aku naik bas darul naim.. mulanya aku google kena naik bas mutiara or mahligai tapi kawan aku check cakap mahligai and mutiara tuh double decker and dorang takut.. so dorang naik darul naim.. tapi xkesah la ape2 kan.. asalkan selamat sampai sudah.. lgpon bas darul naim tuh selesa jugak.. bas tu akan bawak kita straight terus ke jeti untuk naik bot.. so xpyh pening2 dah kna... kos dia lebih kurang dalam rm40-rm50 la per person.. xingt exactly harga.. kalau untuk pergi balik anggaran dia dalam rm 100 la ok if naik bas. time aku pergi tuh aku naik bas dalam pukul 9 lebih and sampai jeti kuala besut dalam pukul 5 pagi... so dari pukul 5 pagi tu.. aku tunggu dulu dekat jeti samapi kul 9 tuk naik bot. anggaran bot datang dalam pukul 8 mcm tu lah paling awal.. tapi nasib la jugak.. tengok korang punya pakej ke atau sendirian berhad je datang.. hihi... 

kat jeti ni nanti korang akan naik bot. cam tempat ni ok!! bangunan warna oren. hehe


Penginapan/ hotel/ chalet pulau perhentian kecil
Aku akan cerita pasal penginapan yang ada dekat pulau perhentian kecil pulak ok. Untuk pengetahuan korang banyak chalet2 murah yang korang boleh dapat kalau korang datang kt pulau perhentian ni. Antaranya kalau aku perasan yang ada dekat sekitar Pulau perhentian kecil atau dekat area long beach yang bila malam meriah tu adalah mohsin chalet, rock garden chalet, bubu resort And macam2 lagi... bubu resort hotel dia mahal boleh cecah dekat seribu jugak lah.. Macam rock garden pulak Area dia sekitar bukit... and satu malam kalau bilik yg xde aircond boleh dpt dalam rm50 kalau aku xsalah... lagi satu.. tok pengetahuan korang... dekat area pulau perhentian kecil ni kan.... kebanyakan hotel bila waktu siang tak ada elektrik ok. Aku pun xpasti Kenapa mcm tu boleh tjadi... tp jgn risau.... ada jugak hotel /chalet yg ada elektrik bila waktu siang contohnya mcm chalet sharila,, ombak resort, rock garden, bubu resort... yg lain2 kebanyakannya  siang xde elektrij dan hanya ada bila waktu malam... nasib aku ok jugak sebap haritu time aku dtg aku stay kat rock garden so still ada elektrik walopun bilik yg aku stay cuma ada kipas je... harus diingatkan walopun bilik aku ada kipas, tp panas tu ttp panas jugak... al maklumlah nama pon pulau kan. Kawan aku beruntung sebap dia cakap bilik dia dpt tu masuk ke arah dalam Hutan sikit so sejuk berbanding bilik aku yg panas. Tp bilik dorang banyak nyamuk.. hehe..  klo nama nya pon hutan nyamuk mmg lah ada kan.. xboleh nak elak la tu. Jd sesiapa yg bcadang nak Stay kat rock garden Boleh la stand by bawak ubat nyamuk fumakilla tuh... hehe... sayangilah kulit anda okay!! Hihi.. 


Bersambung nanti k...huhu










No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

buble wish akmal azam

facebook

fieza lalaa glitters

free glitter text and family website at FamilyLobby.com