Wednesday, January 20, 2016

Makeup nikah sanding

Konichiwa everyone!! Hehe..

Anyway tertiba terlintas kepala ni nak share sikit pasal makeup nikah and sanding aku masa majlis bulan 12 tahun lepas.. aku nak share sekali tukang makeup yg aku syg sebap dorang makeup kan aku cantik2...

Hehe... 

Anyway kat bawah ni.. ada 3 gambar.. baju biru masa aku nikah, baju putih masa sanding, and baju purple gold tu masa bertandang... actually kalau nak tawu makeup aku masa sanding ni semua amik dengan lain2 mak andam okey.. masa nikah aku pilih sendiri... masa sanding dengan bertandang pulak aku amik dekat butik je.sekali siap dengan pakej yg butik bg... and kalau korang tanya aku mana yg paling aku suka.. aku suka makeup nikah dengan makeup bertandang. ..  

Untuk makeup nikah tu aku memang suka sangat2.. rasanya sangat berbaloi2...aku book tahun lepas. (2015) tahun gst and akk tu letak harga rm 250 je untuk makeup nikah.. its not about harga actually tp hasil dia aku suka... makeup aku sgt cantik.. masa nikah tu aku just request nak makeup yg natural je sebap nama pon nikah kan... so hasil dia sgt memuaskan hati... makeup nampak glowing, soft, and natural je.. simple and nice lah org cakap. Ada gak yg tny2 make up dengan sapa n ramai cakap ok lah.. nampak soft okey bak hang... huhu... puas hati lah jugak sebap aku dah lama duk usha makeup kak shima ni dari start bertunang hari tu tp xde amik ngn dia pon... sebap nak cut budget.. tp bila da amik mmg puas hati. Kak shima ni duk kt cheras and sesiapa yg nak amik boleh try usha page fb dia kat Makeup & Makeover by Roshima Roslan. No fon dia 0176964918. 

Next yg baju putih tu makeup masa majlis sanding aku... bg aku makeup masa majlis sanding ni so.. so je.. xberapa nak menyerlah... makeup dia ibarat mcm make up natural kalau kau nak keluar jenjalan cenggitu je.. xnampak effect glowing ke apa ke... just so simple and xde naik seri sgt. Aku xcakap makeup dia buruk k.. tapi bagi aku biasa sahaja.. xnampak sangat seri pengantin.. itu yg frust tu. Huhu.. anyway memang xleh nak buat apa sebap bukan aku yg pilih mak andam tu pun dan bila dia tny aku ok ke x makeup dia... aku cakap okay je. Aku xcakap pon cantik or buruk.. sebap hakikat dia mmg cenggitu u olsss.. haha. Tp tulah.. ramai cakap makeup tu biasa.. tu yg bertambah sedih akak tau.. anyway makeup ni rins suzana kuala lumpur punya butik yg bg... dia amik freelance makeup that y lah cenggitu agknya.. huhu.. tp jgn band rins suzana plk k.. sebap dari segi pelamin aku mmg suka gila pelamin rins suzana. Huhu.amyway sebap aku xberapa nak berkenan dengan makeup sanding aku ni.. nama akak tu pon aku xtawu, no dia pon aku xsave... hehehe.. 


Next is makeup bertandang...haha. antara ketiga2 makeup ni.. makeup ni paling glamor ala2 retis u all.. haha... sebap aku dah mengadu awal2 kat kak ya ni yg makeup sanding aku xcantik... makeup bertandang ni ramai yg ckp cantik and kak ya amik masa lama gak nk makeup aku cantik2 jd cm princess.. haha. Tp hasil dia mmg puas hati sebap cantik kan. Elok pulak masa hari aku nak majlis kahwin majlis bertandang tu aku boleh bangun lewat. Pukul 9.00 kak ya nak sampai... kul 8.55 am baru aku terbangun and menggagau trus nak gi mandi tau... kak ya dgn husband dia plk dah siap2 standby kt bawah blok aku breakfast dl kot.. hehe... teruk x pengantin baru cm aku nih.. kiki... masa majlis ramai cakap makeup kak ya buat cantik and akk sedara aku siap nak booking tok majlis dia pulak.. kui2.... anyway kak ya ni duduk kt seremban kot kalau xsalah and sampai pj dia mai nak makeup kan aku tau... hehe. Kak ya ni pon aku amik sekali dengan pakej butik dekat embun klasik and bersyukur gila2 dorang bg aku mak andam yg brilliant cenggini.. hehe... kalau x frust lah aku lg ya... huhu.. anyway siapa yg rasa minat nak amik makeup ngn kak ya boleh tgk kt insta dia gmbar makeup.. tanya la dl rege brp semua k.. ni insta dia... 

KAKYAAMBAMMAKEUP

No fon dia: 0192928499


Anyway cam begana pon aku lega gak sebap majlis dah settle.. and now masa untuk fokus kpd hidup berumahtangga plk.. huhu.. anyway kalau korang rasa nak komen or tanya apa2 jemput komen kat bawah okies!! 


Bubye..!!




Monday, January 18, 2016

Customer service standard chartered

Hello... okey aku rasa seronok jugak kalau aku dapat kupas tentang tajuk ni... ingat lagi masa mula2 aku dapat job kerja customer service ni.. aku xtawu yang aku apply kerja customer service untuk bank standard chartered. Sebap aku apply kt jobstreet dan dekat iklan tu xada tulis mana2 bank... dia cuma tulis customer service untuk financial institution. Hari ni aku apply dekat jobstreet.. besoknya dengan pantas aku terima call dari agensi untuk datang interview.... aku pun apa lagi.. excited gila terus pergi unterview besoknya...

Cerita masa pergi intebiu tu aku gi kat bagunan citybank dekat jalan ampang... lepas di interview pagi tu, trus petang dia trus aku pergi interview dgn pihak bank dekat petaling jaya....

So sampai je kt sana aku di interview oleh 2 org...

Yang pertama HR person.. dia tny aku sikit2.. kemudian jumpa manager pulak... sebapkan aku org terakhir... dia xtny bnyk... ckp sikit2 bg nasihat kemudian terus aku layak masuk kerja.... suruh aku daftar masuk bulan akan datang nya...

Tup tap... masuk hari ni rupanya dah genap setahun aku kerja kt standard chartered ni. Macam mana pengalaman...? haih.. mcm2.. ada detik susah gila.. ada detik aku rasa aku xlayak n xdpt nak hadap kerja ni... and ada masa2 aku rasa bsyukur sebap dapat job ni...

Masa mula2 masuk kerja kitorang diberi 2 bulan training... aku training bersama geng2 yg lain... yg dpt kerja sekali dgn aku.. kerja gasi basic jalan mcm biasa... ko just dtg training je.. belajar pasal produk bank.. pasal current account, saving account, personal loan, credit card... mostly masa training ni dia akan ajar ko perkara basic sahaja... perkara umum pasal produk.. alah mcm ko belajar dekat universiti or skolah2 tu... kmudian dia ajar la ko sket mcm mana navigate system... disebapkan aku ni adalah fresh grad yg xpernah kerja mana2 contact center sebelum ni... aku rasa aku adalah org paling bodoh sebap xtawu apa2 n yg paling terkapai2 masa trainer dok sebok navigate system tu... aku paling blur.. paling menakutkan masa kerja ni kitorang diberi satu ujian sebelum boleh mula kerja jawab call.Lepas 2 bulan training kitorang akan hadapi suatu fasa yg mana dipanggil "simulation".

Simulation adalah ujian menentukan sama ada ko boleh proceed kerja atau boleh bye bye kt company ni andai kata ko gagal masa simulation ni... test dia adalah aku jawab call mcm betul2.. manager akan call kita dan tny soalan berkaitan kredit kad and personal loan ataupun current account. So kalau lulus berjayalah kau mara ke peringkat seterusnya...

Alhamdulillah... aku lulus jugak simulation ni walaupun paras2 nyawa ikan... huhu..

So bila masuk contact center ni pulak.. aku dibagi masa sebulan untuk training jawab call.. kitora g ni akan dijaga oleh mentor2 yg bantu kita.. masa mula2 kerja ni aku rasa stress sesangat sebap bnyk benda yg aku xtawu.. sikit2 aku bngun dan tanya mentor tentang soalan drpd customer. Sikit2 kena bgun dan tny... sampai satu tahap ko akan rasa xsenang hati kalau mentor kau xde dengan kau. Bgitulah susahnya kengkawan...

Tapi bila ko da lama kerja.. slow2 ko akan belajar tentang customer punya masalah and otomatik ko dah tawu dah apa masalah customer dan apa jawapan dia.. sebap boleh ckp customer punya masalah tu semua stiap boleh kata sama je.. ulang alik tang tu je.. kalau ada pon yg pelik satu dua je kau refer jelah kt manager kau.. kan senang. Huhu

Ok jom kita story apa kebaikan, kesenangan and cabaran kerja kat contact center ni:

1.Jadual kerja tak tentu, jangan berangan nak cuti sabtu ahad je setiap minggu wokey! Aku xtawu kerja kat bank lain... tapi kt tempat aku selalunya jadual kau bulanan.. kalau minggu tu kau kerja cuti isnin and selasa.. maknanya minggu seterusnya begitu lah... tp jgn harap lebih okay.. kadang2 boleh jadi jugak cuti ko longkang2... sehari dpt cuti hari isnin.. lagi sehari hari khamis.. kemudian minggu depan lain plk.. huhu.. semuanya adalah tertakluk kepada keputusan RTFM. Tapi tidak lah memanjang begitu aja.. huhu.

2. Kerja shift
Ko punya kerja adalah berkonsepkan shift. Dekat standard chartered ni, kalau bulan ni kau kerja shift masuk kul 9 pagi.. maknanya sampai hujung bulan shift kau pukul tu je... tp boleh jugak tup sehari dua dia adjust masuk kul 10 pg.. atau 8 pagi... seperti yg aku cakap.. semua tertakluk kepata keputusan yang power RTFM. Hehe..

3.jadual flexible
Aku cakap flexible sebap mcm kt tempat aku ni kalau kata hari isnin ni ko xleh dtg kerja sebap ada hal nak kena balik kampung.. walhal kau punya cuti hari lain.. maka ko boleh lah mintak tukar dengan mana2 kawan2 lain suh dia bagi cuti dia haritu so sebagai balasan ko kena lah bagi cuti ko balik kat dia.. selain daritu boleh jugak kalau kata lah xleh nak masuk kul 9 pg... ko inform manger atau rtfm untuk masuk lambat.. tp apa2 pun kuasa rtfm dan manger adalah penting sebelum ko buat apa2 okay.

4.cuti public holiday jangan berangan memanjang nak dapat
Cuti malaysia ni ko jgn berangan sangat nak dapat sebap selalunya dia ikut musim. Kalau musim perayaan.. ko akan diberi cuti ikut kepentingan perayaan tu.. kalau hari raya so sapa yg sambut raya lah dpt dulu.. tp harus diingat... boleh jd gak ko xdpt cuti kalau nasib ko xbaik.. so sentiasa lah berwaspada.. tp dont worry.. gaji public holiday kena kira lain lah kan.. huhu..

5.kerenah customer
Customer ni adalah part paling penting dalam kerja kau. Sebap tugas kau slama 8 jam adalah berkomunikasi dengan dorang. So kdg2 ada mcm2 perangai customer.. ada yg mental.. ada yg baik gila... ada yg jenis push, jenis berlagak, jenis cool, jenis tak tawu apa2 dan kau kena ulang cakap 10 kali nak kasi customer faham.. huhu... pada sesiapa yg rasa xleh bersabar dengan perangai n kerenah manusia.. aku rasa better jgn pilih job ni sebap tkut xkekal lama.. tp kalau kau rasa nak cari pengalaman y not kan...??

Lagi satu aku salu dengar org cakap

"Kerja contact center gaji masyuk...!!"

Kalau difikirkan balik.. ok lah.. ayat tu boleh lah diguna pakai tp bersyarat kau kena make sure semua kerja dan arahan dari majikan kau kau patuhi.. thats mean dari segi kedatangan semua kena ada displin, xleh suka2 nk mc, nak emergency leave, nak dtg lmbt and xleh sesenag nk marah customer, dan bnyak lagi. Semua perkara yg ko buat termasuk dalam ko punya score card yg boleh dianggap gaji kau.

Kalau buat kira2 balik untuk setahun aku kerja kat contact center ni paling banyak bulanan aku pernah dapat dalam 4 ribu ke 5 ribu cenggitu.. boleh lah kan.. tp sejak keadaan ekonomi malaysia kita ni gawat dek kerana genjib and the geng punya angkara... baru2 ni pembahagian gaji untuk scorecard dah diperketatkan so kurang lah nampaknya gajian aku nanti.. huu...

Pasrah jelah nak oi...

Lagi satu kan... kerja kat contact center ni jugak memerlukan kau pandai untuk buat cross selling... sambil bagi servis kt customer.. ko kena jual credit card loan kt customer... suh customer amik cash dan lain2... sape terer dalam bab ni.. maka nama kau akan harum di contact center ni sebagai top performer... huhuhu...

Rasanya sampai tahap ni jelah aku membebel pasal kerja aku sekarang... tp ada org ckp kerja ni stress bila kau masuk opis.. bila ko langkah keluar je... kerja ko settle n ko dah xpyh pikir.. yg tu mmg lah betul.. huhu.

Ok bersambung lagi nanti k.. tuk sesapa yg ada enquiry tentang job ni.. atau berminat nk join job ni... email kan kt email aku k... atau komen pun boleh... :) :)..

Adios amigos!!!!!

fiezasunway@gmail.com

Thursday, January 14, 2016

Percutian ke Pulau Langkawi



Bulan Madu di Langkawi

Hello blog ku yang berhabuk.. hehe.. Okay kali ni saje jer aku nak share tentang bulan madu aku dengan husband last December 15,2015. 

Sebenarnya memang aku tak plan langsung nak menjejakkan kaki kat langkawi ni sebap awal2 lagi masa MATTA Fair haritu aku dah beli tiket ke Legoland Johor .. kengkonon decide nak gi tuk honeymoon la.. tup.. tup rezeki da datang, membe husband aku bagi hadiah stay kat Langkawi untuk 2 malam kat langkawi. and apa lagi.. kita postpone la trip ke Legoland.. moh kita ke Langkawi .. ehehe...

So hotel yang aku dapat masa menginap tu actually boleh dikatakan quite expensive.. kalau check kat rate Agoda lebih kurang rate rm 400 lebih satu malam... datang kat sana je bila cakap kt orang langkawi menginap dekat Frangipani Resort And Spa terus dorang cakap hotel cantik and mewah... tp syukur lah dah rezeki dapat kan.. 

Jom aku belanja area dekat frangipani Resort and Spa ni k..




Ini lah dia rupa voucher tuh...




Pintu masuk Frangipani resort.. hehe

\

Ni bilik kitorang... Garden view jw.. tp seriously tell.. bilik dia memang besar and selesa.. boleh muat dekat 4 ke 5 orang dalam 1 bilik sebenarnya...
lupa nak amik gmbar dalam bilik.. hehe...


Gambar Cafe dia








Ada beach massage.. open air punya type.. Ada beran ke? kui2.. 
Rm 50 per hour kalau xsalah


Gambar Kafe Frangipani Resort and Spa


Swimming Pool


Area melepak berhadapan dengan swimming ppol and cafe..
tapi sayangnya aku tak mandi laut or even swimming pool sebap takut lengit, Al-maklum, takut kulit rentung pulak.. awak ada lagi satu majlis bertandang nk kena hadap ahadnya tu.. so boleh tgk and amik gambar jelah..
sob.. sob...



So antara aktiviti yg kitorang buat kat langkawi ni.. rasanya semua dah biasa gi langkawi kan:

1. Cable Car langkawi
2. Underwater Wold Langkawi
3. Shopping dekat Haji Ismail Group
4. Island hoping

JOm aku belanja gambar.. hehe..





Gambar dekat dalam Underwater World...hehe.. Tiket dia agak mahal tau.. Rm 30 plus untuk seorang.. tapi boleh lah untuk sekali masuk je... tu gambar laki aku yg sgt exicted tgk haiwan2 tu semua.. hehe.. 



Dekat SKY Cab, Cable CAr LAngkawi..



Apa lagi shopping lah! huhu..


Anyway aku rasa Langkawi adalah tempat percutian yang sangat sesuai kalau nak bawak family.. Itulah sebapnya bila ramai yang ajak aku gi langkawi sebelum ni,.. aku ignore kan aja.. berdalih.. kui2.. sebap hajat dihati nak bawak family datang bercuti.. Tapi dah terpegi dulu.. 

Tapi takpe.. aku dah plan siap2... hujung tahun ni.. Bulan 12.. aku nak datang Langkawi sekali lagi..

apa lagi.. nak shopping pinggan mangkuk lah.. huhu.. haritu geram je tengok sebap tak dapat nak shopping.. duit habis kt majlis kahwin nak oii! 

Anyway bulan 1 ni aku nak gi Legoland.. and bulan 4 ke Krabi.. nanti aku story morry kt sini lagi k pasal my percutian.. ok boboy! hehe..


Pssst: Ada apa2 nak tanya ke? Sila komen dibawah.. huhu









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

buble wish akmal azam

facebook

fieza lalaa glitters

free glitter text and family website at FamilyLobby.com