Monday, January 18, 2016

Customer service standard chartered

Hello... okey aku rasa seronok jugak kalau aku dapat kupas tentang tajuk ni... ingat lagi masa mula2 aku dapat job kerja customer service ni.. aku xtawu yang aku apply kerja customer service untuk bank standard chartered. Sebap aku apply kt jobstreet dan dekat iklan tu xada tulis mana2 bank... dia cuma tulis customer service untuk financial institution. Hari ni aku apply dekat jobstreet.. besoknya dengan pantas aku terima call dari agensi untuk datang interview.... aku pun apa lagi.. excited gila terus pergi unterview besoknya...

Cerita masa pergi intebiu tu aku gi kat bagunan citybank dekat jalan ampang... lepas di interview pagi tu, trus petang dia trus aku pergi interview dgn pihak bank dekat petaling jaya....

So sampai je kt sana aku di interview oleh 2 org...

Yang pertama HR person.. dia tny aku sikit2.. kemudian jumpa manager pulak... sebapkan aku org terakhir... dia xtny bnyk... ckp sikit2 bg nasihat kemudian terus aku layak masuk kerja.... suruh aku daftar masuk bulan akan datang nya...

Tup tap... masuk hari ni rupanya dah genap setahun aku kerja kt standard chartered ni. Macam mana pengalaman...? haih.. mcm2.. ada detik susah gila.. ada detik aku rasa aku xlayak n xdpt nak hadap kerja ni... and ada masa2 aku rasa bsyukur sebap dapat job ni...

Masa mula2 masuk kerja kitorang diberi 2 bulan training... aku training bersama geng2 yg lain... yg dpt kerja sekali dgn aku.. kerja gasi basic jalan mcm biasa... ko just dtg training je.. belajar pasal produk bank.. pasal current account, saving account, personal loan, credit card... mostly masa training ni dia akan ajar ko perkara basic sahaja... perkara umum pasal produk.. alah mcm ko belajar dekat universiti or skolah2 tu... kmudian dia ajar la ko sket mcm mana navigate system... disebapkan aku ni adalah fresh grad yg xpernah kerja mana2 contact center sebelum ni... aku rasa aku adalah org paling bodoh sebap xtawu apa2 n yg paling terkapai2 masa trainer dok sebok navigate system tu... aku paling blur.. paling menakutkan masa kerja ni kitorang diberi satu ujian sebelum boleh mula kerja jawab call.Lepas 2 bulan training kitorang akan hadapi suatu fasa yg mana dipanggil "simulation".

Simulation adalah ujian menentukan sama ada ko boleh proceed kerja atau boleh bye bye kt company ni andai kata ko gagal masa simulation ni... test dia adalah aku jawab call mcm betul2.. manager akan call kita dan tny soalan berkaitan kredit kad and personal loan ataupun current account. So kalau lulus berjayalah kau mara ke peringkat seterusnya...

Alhamdulillah... aku lulus jugak simulation ni walaupun paras2 nyawa ikan... huhu..

So bila masuk contact center ni pulak.. aku dibagi masa sebulan untuk training jawab call.. kitora g ni akan dijaga oleh mentor2 yg bantu kita.. masa mula2 kerja ni aku rasa stress sesangat sebap bnyk benda yg aku xtawu.. sikit2 aku bngun dan tanya mentor tentang soalan drpd customer. Sikit2 kena bgun dan tny... sampai satu tahap ko akan rasa xsenang hati kalau mentor kau xde dengan kau. Bgitulah susahnya kengkawan...

Tapi bila ko da lama kerja.. slow2 ko akan belajar tentang customer punya masalah and otomatik ko dah tawu dah apa masalah customer dan apa jawapan dia.. sebap boleh ckp customer punya masalah tu semua stiap boleh kata sama je.. ulang alik tang tu je.. kalau ada pon yg pelik satu dua je kau refer jelah kt manager kau.. kan senang. Huhu

Ok jom kita story apa kebaikan, kesenangan and cabaran kerja kat contact center ni:

1.Jadual kerja tak tentu, jangan berangan nak cuti sabtu ahad je setiap minggu wokey! Aku xtawu kerja kat bank lain... tapi kt tempat aku selalunya jadual kau bulanan.. kalau minggu tu kau kerja cuti isnin and selasa.. maknanya minggu seterusnya begitu lah... tp jgn harap lebih okay.. kadang2 boleh jadi jugak cuti ko longkang2... sehari dpt cuti hari isnin.. lagi sehari hari khamis.. kemudian minggu depan lain plk.. huhu.. semuanya adalah tertakluk kepada keputusan RTFM. Tapi tidak lah memanjang begitu aja.. huhu.

2. Kerja shift
Ko punya kerja adalah berkonsepkan shift. Dekat standard chartered ni, kalau bulan ni kau kerja shift masuk kul 9 pagi.. maknanya sampai hujung bulan shift kau pukul tu je... tp boleh jugak tup sehari dua dia adjust masuk kul 10 pg.. atau 8 pagi... seperti yg aku cakap.. semua tertakluk kepata keputusan yang power RTFM. Hehe..

3.jadual flexible
Aku cakap flexible sebap mcm kt tempat aku ni kalau kata hari isnin ni ko xleh dtg kerja sebap ada hal nak kena balik kampung.. walhal kau punya cuti hari lain.. maka ko boleh lah mintak tukar dengan mana2 kawan2 lain suh dia bagi cuti dia haritu so sebagai balasan ko kena lah bagi cuti ko balik kat dia.. selain daritu boleh jugak kalau kata lah xleh nak masuk kul 9 pg... ko inform manger atau rtfm untuk masuk lambat.. tp apa2 pun kuasa rtfm dan manger adalah penting sebelum ko buat apa2 okay.

4.cuti public holiday jangan berangan memanjang nak dapat
Cuti malaysia ni ko jgn berangan sangat nak dapat sebap selalunya dia ikut musim. Kalau musim perayaan.. ko akan diberi cuti ikut kepentingan perayaan tu.. kalau hari raya so sapa yg sambut raya lah dpt dulu.. tp harus diingat... boleh jd gak ko xdpt cuti kalau nasib ko xbaik.. so sentiasa lah berwaspada.. tp dont worry.. gaji public holiday kena kira lain lah kan.. huhu..

5.kerenah customer
Customer ni adalah part paling penting dalam kerja kau. Sebap tugas kau slama 8 jam adalah berkomunikasi dengan dorang. So kdg2 ada mcm2 perangai customer.. ada yg mental.. ada yg baik gila... ada yg jenis push, jenis berlagak, jenis cool, jenis tak tawu apa2 dan kau kena ulang cakap 10 kali nak kasi customer faham.. huhu... pada sesiapa yg rasa xleh bersabar dengan perangai n kerenah manusia.. aku rasa better jgn pilih job ni sebap tkut xkekal lama.. tp kalau kau rasa nak cari pengalaman y not kan...??

Lagi satu aku salu dengar org cakap

"Kerja contact center gaji masyuk...!!"

Kalau difikirkan balik.. ok lah.. ayat tu boleh lah diguna pakai tp bersyarat kau kena make sure semua kerja dan arahan dari majikan kau kau patuhi.. thats mean dari segi kedatangan semua kena ada displin, xleh suka2 nk mc, nak emergency leave, nak dtg lmbt and xleh sesenag nk marah customer, dan bnyak lagi. Semua perkara yg ko buat termasuk dalam ko punya score card yg boleh dianggap gaji kau.

Kalau buat kira2 balik untuk setahun aku kerja kat contact center ni paling banyak bulanan aku pernah dapat dalam 4 ribu ke 5 ribu cenggitu.. boleh lah kan.. tp sejak keadaan ekonomi malaysia kita ni gawat dek kerana genjib and the geng punya angkara... baru2 ni pembahagian gaji untuk scorecard dah diperketatkan so kurang lah nampaknya gajian aku nanti.. huu...

Pasrah jelah nak oi...

Lagi satu kan... kerja kat contact center ni jugak memerlukan kau pandai untuk buat cross selling... sambil bagi servis kt customer.. ko kena jual credit card loan kt customer... suh customer amik cash dan lain2... sape terer dalam bab ni.. maka nama kau akan harum di contact center ni sebagai top performer... huhuhu...

Rasanya sampai tahap ni jelah aku membebel pasal kerja aku sekarang... tp ada org ckp kerja ni stress bila kau masuk opis.. bila ko langkah keluar je... kerja ko settle n ko dah xpyh pikir.. yg tu mmg lah betul.. huhu.

Ok bersambung lagi nanti k.. tuk sesapa yg ada enquiry tentang job ni.. atau berminat nk join job ni... email kan kt email aku k... atau komen pun boleh... :) :)..

Adios amigos!!!!!

fiezasunway@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

buble wish akmal azam

facebook

fieza lalaa glitters

free glitter text and family website at FamilyLobby.com