Friday, December 30, 2011

hell gates xbest.., (review)


Aku bukan kaki wayang.. tapi aku suka tengok wayang... ok dalam seminggu dua ni ada lah dua tiga cerita yg aku dah tengok and tetiba rasa nak jadi commentor and pengkritik pulak... ahaha. ala-ala.. chef wan gitu!! ok... korang nampak picture kat atas ni? yang ni baru je keluar taw.... baru tadi aku tengok.. and aku bagi 2 per 5 untuk cerita ni.. memang out.. sebab nya ialah:

  1. cerita ni macam karot marot sikit...
    especially for muslim mesti rasa cerita ni entah hape2.. yela.. mcm cerita tentang keagamaan sikit..
    christian religion. kononnya tentang sorang mamat ni (penulis buku) yg xpercaya tentang kewujudan tuhan.. tp dalam masa2 hingga 3 hari.. tiba-tiba dia rasa percaya akan ada tuhan.. and yg dandan dut nya ialah adik dia tu pesuruh tuhan la.. macam tu.. haihh.. karot!
  2. hero mati... ending x besthaii.. ni lagi satu menyampah.. memang aku bayar 20 ringgit untuk tgk hero dy mati je eh? dah la cerita entah hape-hape.. patotlah sit kosong ke dalam wayang.. at leat bagi lah hero dia hidup.. baru puas hati kan.. hmm.. yg lg sdih.. aku ingatkan cerita ni mcm extreme sikit.. bunuh-membunuh and thriller sebap kat atas tu dia tulis director dr filem saw, tp rupanya lebih macam karot.. hmm!!frustrated..

      untuk korang yang masih nak tengok lepas baca ni.. terserah la k.. aku bg pandangan je.. :)

Azam baru 2012





123tagged.Com

123Tagged.com - More New Year 2012 Comments

pejam.. celik... pejam.... celik.. tawu-tawu dah setahun and tahun 2011 dah pon nak berakhir... welcome to 2012.. well. bila nak masok je tahun baru.. mesti masing-masing mesti dah pasang azam baru kan?sama lah macam aku.. ahaha.. sebelom nak pasang azam baru.. jom lah usha2 balik azam tahon lepas?? tcapai dah ke? jgn senang-senang nak buat azam 2012 dan lupakan azam lama.. xbagos macam 2 yer.. ingat lg masa nk masok 2011 hari tu aku ada pasang 3 azam iaitu:

  1. nak sambung belajar kat puncak perdana (alhamdulillah dah tercapai, really work hard for it)
  2. nak kurus ala-ala angelina jolie gitu ( huhu.. pada mulanya tercapai.. tapi kejap je. makan tido, gemok semula seperti sedia kala.. hehe)
  3. rahsia.. (agak privacy.. tapi tak tercapai pon.. )
hmm.. kalau dikaji-kaji semula.. aku berpuas hati dengan azam aku tahun 2011.. setidak-tidak nya 1 dari 3 terhasil.. ok lah tu daripada xada langsong kan?? so macam mane dengan korang? tcapai tak??? harap-harap tcapai la hendaknya yer!!

ok.. jom mula pasang azam baru.. jgn pasang jer.. make sure effort kena ada yer!! chayok2!!
besok jom countdown??? bomm.. ke.. ba bomm...!!! 



                    


Saturday, December 24, 2011

mface tu apa?


hmm.. tengah-tengah sibuk menelek video maharaja lawak mega tadi.. tiba-tiba aku terbaca tentang satu laman social network ni.. nama dia mface. korang penah terdengar tak tentang laman social network ni..? aku tak tawu samaada aku ni yg dah ketinggalan zaman ke or benda ni baru lagi. actually laman social ni baru lagi.. dan telah di cipta oleh negara Malaysia sendiri. sapa-sapa yang nak nak cuba tengok boleh lah pergi kat laman website ni k..
home page untuk mface site


kalau korang xtawu nak guna pon jgn risau... cuba tengok video kat bawah ni.. basic lah tentang cara guna mface ni.. ( bukan aku yg buat)


hmm.. dah faham dah? kalau korang masih xreti mungkin korang boleh cuba explore sendiri. lagipon yg ni malaysian product.. dalam ni ada creature untok social gaming and mcm-mcm lagi lah... jom sign up!!


Wednesday, December 21, 2011

Ubat sakit FB dah ada.. ubat sakit blog ada tak??


UBAT SAKIT FACEBOOK

KUALA LUMPUR: Satu penyakit telah dikesan dan dikenal pasti merebak hampir ke suluruh pelusuk dunia.. Virus ini sama bahaya dengan wabak HIV dan SARS yang telah menggegar dunia. Virus facebook ini telah berleluasa hampir bertahun lamanya sejak 2008 dan semakin tidak boleh dibendung. Antara simptom-simptom kepada pesakit facebook ini adalah :

  1. Kurang tidur
  2. Sakit kepala
  3. Resah-gelisah
  4. Mata cengkung dan sembap
  5. Lain-lain
Namun begitu, masyarakat tidak perlu lagi gentar kerana penemuan ubat telah ditemukan dalam menangani wabak facebook ini. Sekian.

nota kaki: ubat sakit faceebook dah jumpa.. ubat sakit blog untok kita-kita ni bila nk dapat ni?? ada kedai jual tak?? huhu...



Tuesday, December 20, 2011

Alvin and The Chipmunks 3- Chip wrecked


Tadaa.... sape penah tengok cite alvin and chipmunk ni? Rasanya ofcoz semua penah tengok kan.. bevariasikan daripada katun, cerita tentang 3 ekor tupai yang kiut-memiut ni... cerita baru dia pon dah keluar tau.. aku baru je tengok! mula-mula ingat nak tengok mission impossible.. xpon ombak rindu ke kan.. tp like usual.. tiket habis and tinggal sit depan je.. finally tgk Alvin jelah.. lagipon citer ni best jugak.. funny! and relaxs.. kalau nak relaxs and release tension boleh la tengok cerita ni... 

Bermula dengan chipmunk and chipettes yang naik kapal untok pergi buat international konsert, cerita ni tentang chipmunk including chipettes yang telah tersesat kat dalam sebuah pulau gara-gara kenakalan Alvin... pastuh kat dalam hutan tu dorang survive and macam-macam peristiwa kelakar yg telah terjadi.. tak nak cerita lebih-lebih... kena tengok sendiri ok...!!
cute kan?? kalau tupai betol2 boleh ckp cmni kan ke best?


gara-gara kena gigit tebuan, Simon dalam movie ni
 dah jadi org perancis nyah! romatic and berani sgt..


Give scorer ... 

dah sesat... kena buat unggun la api la kan! 



Sunday, December 18, 2011

Samsung Galaxy Ace or Blacberry Bold 2?

Ehem.. biasalah.. sebagai seorang pelajar.. bila PTPTN dah masuk akaun bank.. mulalah nak berangan nak beli handphone itu dan ini kan... sama lah macam aku.. dalam kepala aku sekarang ni tengah pusing-pusing bfikir.. dan tak tawu nak buat pilihan.. sama ada nak beli blackberry bold 2 atau Samsung galaxy Ace.. kepada korang-korang yg dah pakai phone ni.. mana satu lg better eh? bg pendapat boleh tak?? plzss..

              Versus  

                                   ( RM 500)                                                                (RM 450)
                                (harga offer membe2)                                             (pon sama jugak!)

hmm.. kedua-duanya nampak cantik dan menarik.. ish! memang tertarik lah! huhu.. so korang rasa yg mana yer? hmm... kalau bbm ofcoz boleh ber bb pin kan? kalau samsung galaxy boleh main game! and touch screen..neway aku nak beli ni pun sebab dapat harga offer dari membe-membe.. diorang nak jual murah je...
jadi.. yang mana satu ye?? haihh!!

Saturday, December 17, 2011

Ombak rindu tak kesampaian! :(


amacam citer ni? best ke?? macam-macam review aku dapat pasal cita ni.. antaranya:

  • " tak best!! jalan cerita dia lain sangat dari dalam novel"
  • "best!! siap dapat jumpa maya karin lagi!"
  •  "eh.. kena tengok.. ada aron aziz kat panggong"

ahai.... kesiannya aku.. sampai hari ni pon xtengok-tengok lagi.. last-last sekali nanti filem ni pon dah masok kat astro first and tak lama lagi berlambak-lambak lah cd cetak rompak jual kan... kedai makan pon nanty mula pasang cite 2 kat kedai dorang tok tarik customer...

well, dari dulu lagi aku dah dengar orang cakap pasal novel ombak rindu ni.. famous novel.. dorang cakap cite ni sedih.. ye ke?? aku tak tawu sangat.. coz aku malas baca novel.. kalau cerita lagenda budak setan hari tu ada lah aku baca!.. itupun zaman kecik-kecik dulu... huhu.. ( curik novel mak cik then baca)

tapi citer ombak rindu macam laris gak kedengaran nye yer... hari 2 aku nak pegi beli tiket wayang tengok ombak rindu tapi...! dah habis... yang next nya pon sit dah tinggal yg kat depan je.. eh, xkan nk meneleng kot tgk wayang.. xmawu lah!

tak pe lah.... lupakan jelah tentang ombak rindu ni... (frust)
tengok trailer jela sampai dia keluar kat tv.. hum..sigh (kesat air mata)
bla, bla, bla........................


yang ni memang tak ada kaitan ok! hehe....




Thursday, December 15, 2011

hati bersih. mulut lagi bersih.



Serious ni.. aku mengaku.. di lahirkan sebagai perempuan sememangnya agak susah untuk mengawal mulot.. apatah lagi bila dah jumpa kaum sejenis. mula lah nak bukak pekung orang.. eh orang ni tak cantik,  eh orang ni bajet lawa, eh, dia ni bukan pandai mana pon dan macam-macam lagi.. asyik perasan diri kita yang bagus.. orang lain semuanya salah... hmm.. jujur cakap.. kadang-kadang aku pun akan melakukan perkara yang sama... suka bukak cerita orang lain walhal diri sendiri pun tak sebagos mana.. tambah lagi bila jumpa kawan-kawan lah... maklum lah.. mula-mula membe akan bukak cerita, 

           " wey, kau tawu si polan ni kan... bla, bla, bla.. "

o yeke,weyh.. terok nya... ( bagi komen la konon) dan seterusnya berpanjangan lah cerita 2 daripada si polan ni punya cerita sampai ke polan2 yang lain... hum... ish.. ish.. ish..kadang-kadang, bila dah bercakap, aku selalu menyesal bila dah lepas cakap.. no point.. nasik dah jadi bubur ok! bukan boleh buat apa pun.. nak mintak maaf je la yg boleh.. walaupun rasa benda 2 perkara last akan di buat... malu.. hmm.. hai.. hidup kat dunia ni memang kumpul dosa free2 lah... macam mana yer nak buang tabiat buruk ni.. hmm.. 

kat bawah ni ada sikit link-link aku survey regarding this topic...


muda cara muda... yang tua cara tua lah kan? hum!



       
video 1: kerana mulut badan binasa


         
Video 2: kerana mulut badan binasa


           

Monday, December 12, 2011

Sedalam mana cinta?

ahha.. sorry pada siapa-siapa yang xberkenan dengan post entry ni yg agak kejiwang-jiwangan sikit..
Al-maklum, pantang sedih,  mula lah idea nak berpujangga, bermadah, syair semua 2 laju je kan... huhuhu..

actually, tengah baring-baring atas katil.. nak tido, tp xboleh... asyik terpikir sesuatu.. tetiba teringat kat kata-kata sorang membe ni masa keje kat Edwin ( kedai jeans).. Im ( bukan nama sebenar)..

dia cakap kat aku macam ni... mula nya, kitorang just borak-borak kosong pasal ice skating yang ada kat sunway pyramid 2, Im cakap dia nak bawak gf dia main ice skating 2.. dia nak try main ice skating 2 sambil 
dukung gf dia.. then aku cakap


                             "Wow, So romantic!!"


agak impress sebenarnya.. ada jugak orang nak buat macam 2 kan.. then aku tanya lg.. apa benda2 romantic dia buat dengan gf dia.. buzy body sket nyah!! then dia kata mana boleh bagi tawu.. aku pon xpuas ati la kan..

aku tanye.. "kenapa pulak?"... 

dia pon cakap lah...

"aku tak boleh bagi tawu kau.. sebabnya... nanti kau jeles."Im

"aiseymen.. asal lak aku nak jeles.. xada kaitan langsong.." Aku

" yelah.. cuba ko bayangkan... 
kalau ada lelaki yang layan kau lebih sempurna.. 
lebih baik, dan 
lebih lembot daripada yang bf ko buat?
 adakah kau akan setia? 
adakah kesetiaan kau 2 akan kukuh..?

aku terkedu sekejap bila dengar Im cakap macam tu...
aku pikir dalam-dalam.. dan aku rasa ada betol nya apa yang im cakap kan tu..
setegoh mana hati dan kesetiaan manusia ni.. 
akan sampai suatu ketika bila dia rasa orang tu cukup sayang dan amik berat pasal dia,
lambat laun, sikit atau banyak...
pasti akan jatuh jugak kesetiaan yang dia selalu pertahankan..

mungkin orang 2 boleh cakap "dia boleh setia punya"
tapi untok berapa lama?
lebih-lebih lagi kalau gf or bf kita 2 kurang bg perhatian..
kurang luangkan masa and sebagai nya..
sedangkan yg sorang lg melayan dengan sebegitu baik..
mampu ke?

"kau bukan orang yang setia mana...
 tapi kau akan setia kalau kau nak.."

ni satu lagi kata-kata yang im cakap kat aku...
ISHH.. dia selalu buat aku terpegon..(bukan cintan yer) 
cepat betol dia faham perangai aku walaupon kitorang just kawan biasa.. 
kata-kata Im 2 ada betol nya pada aku..
aku xtawu pada orang lain..
tp pada aku... 

"sayang xkan pudar selagi setiap pasangan 2 saling menjaga...
salung berbahagi.. and saling semua lah!! huhu"

ouchh.. jiwang nya aku. haha.. kawan-kawan.. tolong jangan kutuk! Plz!!



Sunday, December 11, 2011

KISAH HARIMAU DENGAN KUCING

DONGENG ATAU FAKTA??
  • kenapa kucing lepas buang air je mesty nak cakar-cakar tanah.. and tanam bahan buangan dia 2? ada cerita di sebalik benda 2 tau, nak tawu? JOM BACA!!


haha... mesti pelik tiba-tiba jer datang mood nak bercerita pasal haiwan-haiwan ni kan.... dah xada kerja ke apa.. huhu.. actually tadi tengah borak-borak dengan ayah.. tiba-tiba dia bukak cerita pasal kucing... seronok jugak dengar cerita beliau 2.. huhu.. cerita dia macam ni,

menurut ayah la kan...( turun-temurun datok nenek punya story)

zaman dulu-dulu, 
harimau dengan kucing ni best friend!! dorang berkawan.. 
kucing ni macam tok guru pada harimau.. dia yang ajar harimau cakar-cakar,semua tu..
kalo tak harimau xtawu taw!! (haa, percaya ke xpercaya? hehe)

suatu hari, harimau ni mintak la tolong kucing ni..
dia mintak tolong suruh kucing ajar dia "cara macam mana nak cakar tanpa mengeluarkan darah"
yelah.. kalau kita tengok.. kucing kan kalau cakar, macam biasa je.. 
xada lah sampai berdarah-darah macam harimau cakar 2....

tapi kucing xnak ajarkan.. 
lepas 2 apa lagi... harimau pon naik marah lah..
semenjak daripada 2....

harimau telah menyumpah kucing..( PUTUS SAHABAT BEB!!)
harimau cakap, 

dia akan cari kucing walau ke mana sahaja kucing pergi, 
meski pon najis kucing pon dia akan bawu dan carik!!!!

ha, disebabkan 2 lah.. kalau kita tengok.. lepas jer kucing buang air kecil mahupon besar...
mesti dia akan menggali dan tanam najis dia tadi 2... dah jadi tabiat dia turun-temurun.. ajaran nenek
 moyang 2....huhu!..

haha.. so korang rasa macam mana? patotkah cerita ni di percayai? ni mitos ke apa?
haha.. walau macam mana pown, perkara yg kucing buat 2, tetap ada kebaikan dia yg tersendiri.. 
tengok lah... bila kucing tanam najis dia dalam tanah, kan dah senang.. xadalah kita nak bawu kurang enak kan.... betol tak???


ni kucing ke harimau??? cuba teka??? ( KUMAU)... huhu
(TIGERCAT)

one day, kucing aku pon akan jadi macma ni! yeza.. artis.. hehe..

ok... cukup di sini dulu yeh! bubye....!!


Friday, December 9, 2011

Dokter cintan 2.. APE KES???

ahha... entry ni bersambung dengan entry berkaitan dengan dokter cintan.... ok.. bila dah dapat msg kat inbox fb.. msg yg berbentok maki hamun 2.. aku pon teros la belek2 profile si DOKTER CINTAN ni.. belek punya belek.. aku rasa fb yg dia buat ni.. mcm banyak mengarot.. information yang dia letak semua nya macam sengaja.. maybe dia nak buat satu account fb yg boleh dia nak hentam orang cukup-cukup kot....

pas2, lebih kurang dalam pukul 7 petang macam 2, dia pon reply la msg yang aku bg 2....
dia cakap macam yang kat atas 2 lah..... then aku pon balas balik... 

lepas je aku sound macam 2, dia teros senyap..lepas 10 minit, tawu2 je dia dah blog aku..

  • tujuan aku tulis ni bukan nak memalukan siapa2.. tapi just sebagai ingatan jelah untok orang2 macam ni... kot iyer pon nak menegor or ape2, cakap lah dengan cara baik.. xperlu nak maki hamon macam 2 kan?? ke dia ada masalah lain sebenarnya? sape tawu kan????


SUKA Makan!!

BILA SELERA DATANG...
naa.. naa.. naa.....
kalau nak tawu aku memang suka makan... bagi je pape kat aku.. aku mesty lantak punya..
kalau kat umah pon mak aku cakap aku kuat makan lauk.. YES.. I AM!! di sebab kan itu
badan aku pon sesuai lah dengan status suka makan 2 kan.. kat bawah ni antara makanan and minuman yg menjadi pilihan aku!! tat.. taarrra.....

    SPAGHETTI BOLOGNESE: aha.. ni first choice kalau western food!
 memang sedap kalo dapat... tambah lagi kalo spaghetti ni
   mak nina yg masak (my bestfriend mom) .. huhu.. memang abih lah!


BLACK PEPER STICK: uiii... yang ni pon kalo dapat sedap ni......
black peper sauce dia memang kaww!!!!


UDANG MASAK SAMBAL: masakan melayu yang paling aku suka
haiii..., lapar aku tengok ni......


TOM YAM SOUP:  yang ni pon.. boleh tahan!!!


ICE BLENDED MOCHA: nyummy....nak ni.. nak ni!!!
pantang pergi mall, mesti aku try ni.... 

sedap kan??? sapa lah yang tahan bila tengok ni semua.. tambah lagi pemakan macam aku ni... memang xtolak lah.. lupakan tentang size kejap.. nanty pikir balik.. huhu! tapi 2 lah... aku pandai makan je.. MASAK XLEH HARAP!!!lalala........

Thursday, December 8, 2011

Dokter Cintan.. APE KES???
hai... ni ape cerita pulak ni... baru balik kelas tadi.. then dengan mood yang segar bugar dan semangat nya terus lah log on facebook kan... biasalah, addicted jugak dengan facebook ni... tetiba jer check kat message from others.. terbaca suatu msg dari sorang hamba Allah ni.... toot.. dekat atas 2 dah jelas2 terpampang nama beliau.. baca jer terus terperanjat.. eh sapa manusia ni? datang dari mana? siapa dia? dan apa kaitan nya? huhu.. hai.. entahlah... macam2 dunia ni... xkenal pon kadang2 boleh jd issue kan? pelik.. pelik... and kalau yer pon nak marah-marah, buat bsabau.. cakap elok2... haha.. entah lah... 

Tuesday, December 6, 2011



BILA FIEZA LALAA GELAK..........hahhaha!


Seorang lelaki india tua ( Muthu-bukan nama sebenar) sedang menunggang basikal di tengah malam dengan tidak memasang lampu pada basikalnya... Sedang dalam perjalanan ke rumahnya, beliau  tiba-tiba ditahan oleh polis.. Berikut adalah bual-bicara mereka:

Cik Polis: Pak cik, selamat malam.
Muthu:   : ya, selamat malam incik,, ada apa ni incik?
Cik Polis: pak cik, kenapa x pasang lampu pada basikal ni.. kan malam ni, bahaya!
Muthu    : Apa mawu lampu incik,,, cuba incik tengok, sana ada lampu, sini ada lampu..

Mendengar kata lelaki india ini, polis tersebut terus turun ke arah tayar basikal Muthu dan mengeluarkan angin di dalam tayar basikal tersebut. Muthu tercengang dan naik marah lalu berkata:

Muthu    : Aiyo, kenapa ni incik?
Cik Polis: Apa mawu angin? sini ada angin, sana ada angin..!!!!

Muthu tercengang-cengang!!!! hahahhaa....

MORAL OF THE STORY: hahaha.. sengal kan... pada sape yg xpaham cerita ni, hentak2 kepale korang kat dinding.. nanty keluar la gen-gen kelaka 2.. haha.. neway,moral cite kat atas ni adalah : kita jadi orang jangan lah suka bagi alasan pada satu-satu perkara, and jangan suka rasa diri sendiri jer yang betol. kadang-kadang sesuatu peraturan or undang-undang yang dah di buat tu bersebab.. so layan jelah k! peace!


Demi Lovato-This is me lyric


~THIS IS ME - Demi Lovato~


I've always been the kind of girl 

That hid my face 

So afraid to tell the world 
What I've got to say 



But I have this dream 

Bright inside of me 
I'm gonna let it show 
It's time to let you know 
To let you know... 

This is real, this is me 
I'm exactly where I'm supposed 
to be now 
Gonna let the light shine on me 
now I've found who I am 
There's no way to hold it in 
No more hiding who I want to be 
This is me 

Do you know what it's like 
To feel so in the dark 
To dream about a life 
Where you're the shining star 

Even though it seems 
Like it's too far away 
I have to believe in myself 
It's the only way 

This is real, this is me 
I'm exactly where I'm supposed 
to be now 
Gonna let the light shine on me 
now I've found who I am 
There's no way to hold it in 
No more hiding who I want to be 
This is me 

You're the voice I hear inside my head 
The reason that I'm singin' 
I need to find you 
I gotta find you 

You're the missing piece I need 
The song inside of me 
I need to find you 
I gotta find you 

This is real, this is me 
I'm exactly where I'm supposed 
to be now 
Gonna let the light shine on me 
now I've found who I am 
There's no way to hold it in 
No more hiding who I want to be 
This is me 

This is me... This is me... 

You're the missing piece I need 
The song inside of me 

You're the voice I hear inside my head 
The reason that I'm singin' 

Now I've found who I am 
There's no way to hold it in 
No more hiding who I want to be 
This is me





 what a misearable life i had.. and suddenly this song appear in my head.. and.. I LIKE IT!!
so i decide to post in blog.. share wif u all.. enjoy!!! (-.-)

Thursday, December 1, 2011

MALAS update!! my life "december 2011"








uwarghh.. dah berabad rase nye xupdate blog xseberape aku ni!ade la setahon.. haha!and dalam mase setahon ni pon dah mcm2 benda dah jd.... pejam celik, pejam celik..... aku dah pon study degree kat uitm puncak perdana sekarang ni.. aku amik course library science!aku buat program penerapan A.K.A fastrack lompat dari diploma semester 3 ke degree.. 2 pon sebap aku tension study kat Machang, Kelantan 2!! ye..arh.. maybe sebap aku ni manje, xleh jauh dr family.... and aku ni xleh trima cara hidop kat sana.... yelah.. dengan prasarana yang kureng.... air xada, letrik xada.... dah rase mcm kuno sgt..and entertainment pon xade k.. honestyly.. memang susah idop kat sane.. and tabik spring untok mereke2 yg still survive idop kat sana 2.. chayok2!!

and idop aku kat puncak perdana ni agak seronok la jugak... sebab2 nye...

1) selalu balik rumah ( 30 minit dr umah)
2) xpayah kena kokurikulum macam diploma dulu (kawad, camping sgala bagai, urghh!!!)
3) jimat (kat sini belanja kurang sikit coz sabtu ahad je aku cabot blik umah)
4) wayang,boling, karaoke, plus!!! ( asyik enjoy je)
5) dan lain-lain!!!


okay.. 2 je kot nak cite... sampai ketemu!! bubye!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

buble wish akmal azam

facebook

fieza lalaa glitters

free glitter text and family website at FamilyLobby.com