Tuesday, March 20, 2012

Kenali berat ideal anda!



        Tatt.. tara..... hehehe, harap maaf.. Disebabkan berat badan aku yang semakin bertambah sejak kebelakangan ni, maka terbit lah entry-entry ber-bawu berat badan, tips kurus and macam-macam lagi. huhuu.. Anyway ni aku nak share dengan korang berat badan yang selari dengan tinggi masing-masing. Cepat lari ambil penimbang dan timbang berat badan korang sekarang jugak! Ahha, jangan lupa ukur tinggi masing-masing jugak ok. kita nak tengok samaada korang ni slim ke, atau OVERWEIGHT! heheehe! Tadaa... kat bawah ni merupakan table berat badan.

(klik untuk besarkan gambar)


hehehe.. amacam? ideal tak berat badan korang? haha.. aku ukur-ukur tadi.. berat aku 62 kg ( beratnya!)
tinggi pulak 158.so kira ideal la 2.. haha.. tp tambah sekilo lg lah cukup lah untuk dilabelkan sebagai 

                                   "GEMUK".........................................OWH.. TIDAK!!!!! 

              ahha, lagi satu cuba korang pergi kat website ni, masukkan ketinggian korang berapa.. kat sini korang boleh tawu sama ada korang ni anorexia ke, ideal ke, tak pun overweight!!! Selamat mencuba!!

                               
                                http://web4health.info/en/answers/ed-dia-weight-ideal.htm 










Thursday, March 15, 2012

Awas! Kacang soya berbahaya! Penyebab Kanser!!

Soya bean  penyebab kanser payudara dan thyroid...
                                 
                                        

Percaya atau tidak, mesti korang akan cakap macam ni bila baca tajuk kat atas tu:

"eh, yeke ni?"

"betul ke? tak percayalah!"

"mana ada, soya bean kan bagus!"

          Sebenarnya, aku pun pada mulanya macam tak percaya bila aku terbaca dan dapat tawu pasal ni. Al-maklumlah, kita semua kan dah serba maklum tahu bahawa konon-kononnya soya bean ni kaya dengan nutrisi dan asid amino yang boleh memperbaiki tisu badan dan jugak boleh mengurangkan risiko penyakit jantung. Malah, soya bean jugak boleh membantu mengurangkan rasa lapar. Apatah lagi bila kita selalu dengar...............:

                            "kalau nak anak putih, masa mengandung,
                         minumlah air soya banyak-banyak!"

             Tup.. tup.. hari tu, aku dapat tawu.. masa tu sedang dalam kuliah.. tiba-tiba pensyarah aku bercerita mengenai bahana kacang soya ni. Kebetulan pulak waktu tu aku pon sedang mabuk giler dengan air kacang soya ni. Boleh kata hari-hari aku beli air kacang soya dekat gerai pak cik yang jual dalam UITM ni...

             Cerita pensyarah aku tuh macam ni, ada lah sebulan tu, sepupu dia memang suka sangat-sangat minum air soya. Tiap-tiap hari dia pergi beli air soya. Sampailah tak lama kemudian tu, dia pergi buat check up dekat klinik. Then doktor cakap ada dalam perut dia ada satu ketumbuhan kecil (yeast), padahal sebelum-sebelum ni dia buat check up tak penah pulak jadi macam tu..  Lepas tu, sepupu dia fikir punya fikir, baru lah dia tahu yang selama sebulan tu, dia sangat kerap minum air soya. Tak lama kemudian, lepas sebulan dia hentikan minum soya, dia datang klinik buat check up semula, dan alhamdulillah, ketumbuhan kecil tu dah hilang semula. 



             Kalau korang nak tawu, kacang soya, atau apa-apa shaja produk yg berkaitan dengan soya, antaranya seperti air kacang soya, tempe, kicap soya, muffin soya dan pelbagai lagi mengandungi "cyst". cyst ni lah yang telah menjadi punca kepada pertumbukan dalam badan. Maka disebabkan itu, kalau kita amalkan makan soya ni banyak-banyak,, risiko mendapat kanser seperti kanser thyroid dan kanser payudara sangat tinggi. 

            Bukan itu sahaja, kajian yang aku lakukan melalui pembacaan jugak ade katakan bahawa soya ni mengandungi bahan kimia yang bersifat anti-nutritional yang mana ianya menghalang proses penyerapan vitamin dan nutrition. ( senang citer, nutrion tu tersekat dek kerana soya).




             Tambahan lagi aku ada terbaca satu artikel mengenai seorang perempuan ni, berasal dari Texas yang mengamalkan pemakanan sihat. Dia sangat percaya pada kacang soya ( terpedaya daripada baca fakta di majalah) sehinggakan dia menjadikan kacang soya sebagai rutin makanan seharian dia sejak dari bangku sekolah lagi. Daripada breakfast hingga dinner. Semuanya mesti ada kacang soya. Makanan yang berasakan daripada soya. Perbuatan ini berterusan sehinggalah dia berumur 20 tahun. Masa tu dia mengalami masalah kitaran haid. Haid dia tak datang menyebabkan dia terpaksa ambil ubat. Namun begitu darah haid dia yang datang ni sangat berbeza dengan perempuan lain. Sakit period dia tuh sangat berbeza. (terlau sakit). Sampailah umur dia masuk 25, waktu tu, period dia jadi sangat teruk di mana dia tak boleh nak berjalan pun waktu kena period. Kemudian pada umur dia 27, doktor dia (gynecologist) telah menemukan 2 ketul "cyst" dalam perut dia yang sebesar bola tenis. Dia pun melakukan pembedahan untuk buang cyst tu...

              Tapi kes ni tak berakhir di situ, tak lama lepas tu, doktor dia kesan ada ketul pada payu dara dia dan dia pun terus melakukan pembedahan. Kemudian tak lama, dia mengesan kat leher dia ada macam satu ketulan. dia lantas diadiagnosis dan doktor mengesahkan bahawa itu adalah thyroid. Dia pun terus buat keputusan untuk di bedah segera dengan cara iodin radioaktif. Selepas selamat menjalani rawatan, perempuan ni pun nekad untuk mencari punca kepada sakit yang dia alami selama ini. Perempuan ni sedikit pon tak syak bahawa soya merupakan penyebabnya kerana majalah pun tak pernah bagitahu tentang bahana memakan soya ni sehingglah dia terbaca satu web-site yang menceritakan kesan buruk makan soya.

Ini antara pesan dia yang lain:

Breast cancer is linked to estrogen. What mimics estrogen in the female body, SOYA! But I never suspected soya because until now I never once found a single article that stated soya could be dangerous. Women who took soya prior to thyroid problems will continue to take it after if they are not aware of what soya actually does, what it contains and how it reacts in the female body. I think this is the reason that women with thyroid cancer often develop breast cancer later.

My co-worker is big into soya and I see her losing hair and gaining weight despite a walking workout during her break and after work, and apples and oranges for lunch. She just had cysts removed from her uterus too. I warn her to stay off soya. I refer her to websites but until it is on the evening news on all four networks, women will suffer. Since the thyroidectomy. I do not touch soya, haven't for two years.

Dear readers, please use my story in any way you can. There are so many young girls who are consuming soya because they think they are taking care of themselves, and women taking soya because they want to be healthy. It is so unfair that the information about the dangers of soya isn't more widely circulated. It is sad. There are many out there who feel this way and it is a terrible blow when you realize you are not as healthy as you thought and that the information that you depended on was wrong.

Regards
Jenny Rettig International Sales Assistant Kaba Gallenschutz GmbH"

So lepas baca semua ni..

Apa yang korang rasa mengenai soya? 
Masih mahu minum soya setiap hari lagi? 
Terpulanglah pada individu, 
tapi saranan aku, 
ambil biar berpada ,
jangan ambil berlebihan, 
sebap sesuatu perkara makanan tu,
mesti ada kebaikan dan buruk dia.....
Pandai-pandai lah kita seimbangkan dia....




Sumber:







Wednesday, March 14, 2012

Resepi Spaghetti Bolognese! Makan time...

Spaghetti Bolognese (fieza lalaaa.............)


Tengok pic kat atas ni? Nampak macam sedap kan.. nyam! nyam!
Hehe, favourite aku ni, baru-baru ni aku ada buat.....
Rasanya semua umum dah tawu cara nak buat dia kan...
Tapi still nak share resepi ni.....
enjoy reading this ok!

Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah: 

Mee spaghetty jenama San Remo

Daging kisar/ daging cincang (ramlee brand)


Bawang merah dan bawang putih di cincang halus. 

Meatball dan hot dog di potong halus.

Cendawan butang di potong halus.

Capcisum ( cili bangala dipotong dadu)

Sos pasta Prego

Cara-cara memasak spaghetti: 

  1. Untuk memasak mee spaghetti, senang je, rebus mee ke dalam periuk yang sesuai dengan saiz spagethhi dan jangan lupa campurkan sedikit minyak untuk mengelakkan mee spaghetti daripada melekat. Selain daripada tu, jangan lupa tambahkan sedikit garam untuk menyedapkan rasa mee spaghetti tersebut. Jangan memasak mee spagetti terlalu lama sehingga begitu kembang. Masak dalam 6 minit pun dah cukup. 
  2. Untuk kuah spagetti, masukkan minyak ( atau boleh gunakan butter cup), dan tumis bawang merah dan bawang putih yang di cincang halus sehingga naik bawu harumnya.
  3. Kemudian masukkan hot dog dicincang dan juga meatball serta daging cincang. Tumis sehingga warna daging cincang naik kekuningan. 
  4. Kemudian bolehlah masukkan sos pasta prego dan jangan lupa tambahkan air untuk kuahnya. 
  5. Tambahkan gula dan garam ke dalam kuah spaghetti secukup rasa.
  6. Step terakhir, masukkan cendawan butang ke dalam kuah spagetti.
  7. Siap! ready for serving!  



Daiso Japan : RM5


           Pernah ternampak logo kedai kat atas ni kat mana-mana tak? ok, sebenarnya aku nk promote sikit tentang kedai Daiso Japan ni.. Kalau korang nak tawu, kedai Daiso Japan merupakan sebuah kedai yang berkonsepkan Japanese dan menjual semua barangan dengan harga hanya RM 5. 

            Kalau nak tawu lagi, kat sini macam-macam barangan korang boleh dapat dengan harga hanya RM 5 sahaja antaranya seperti peralatan dapur, alat tulis, mekap, makanan ringan, kotak-kotak hadiah, topi, dan permainan dan pelbagai lagi. 

           Ahhaha, yang menariknya lagi kat Daiso Japan ni ialah semua barangnya boleh kata dari Jepun punya produk. Banyak barang-barang yang cute giler boleh dapat kat sini dengan harga yang murah. Seriously, boleh naik geram dan rambang mata sebab semuanya murah dan rasa nak berbelanja je! JOmla singgah.. Dah banyak outlet Daiso Japan yang di bukak kat sekitar Kuala Lumpur ni.. huhuhhu... 







Monday, March 12, 2012

kejam: Ikan dimakan hidup-hidup


         Penah dengar tentang ikan yang dimakan secara hidup-hidup takkk..? ok, cerita dia macam ni.... kalau nak tahu, dekat negara china, terutamanya Beijing, amalan memakan ikan secara hidup ni sememangnya sangat popular di kalangan masyarakat dorang.

         Pada mulanya ikan ni akan di siang, dikeluarkan segala isi perutnya, dan kemudian ikan ni akan dicelup/ goreng masak hanya pada  bahagian badannya ( seperti dalam gambar). Kemudian, untuk menambahkan lagi rasanya, sos akan disertakan bersama ikan ini yang masih hidup dan kemudian siap untuk disajikan kepada pelanggan.

          Yang lebih kejam lagi, pelanggan akan bermain dengan ikan ini, usik-usik ikan ni dan sebagainya... Sememangnya amalan makan ikan hidup adalah diharamkan dalam islam kerana perbuatan seumpama ini dianggap menyeksa ikan tersebut. Namun, masyarakat di negara china dan jepun mengganggap amalan memakan ikan hidup ini seperti budaya. Malahan, bekas pemimpin korea-utara, Kim Jong-il juga gemar memakan ikan hidup ini.

Berikut merupakan beberapa video bagaimana ikan ini dimasak dan pelanggan memakannya:




                                          

Sumber: 





Thursday, March 8, 2012

Tips kempiskan perut buncit


    adakah perut anda sekalian sebuncit ini? 

kalau ye.. ni aku ada petua yang pernah aku amalkan sendiri and aku rasa nak share untuk pembaca sekalian.. memang mujarab sebab aku pun "bekas- pembuncit" jugak dulu.. huhuuhu...

Secara umumnya ada 3 cara untuk kempiskan perut bagi mereka yang dah terlanjur berperut buncit di luar tu: 

  1. Guna limau dan kapur

Untuk luar perut, korang boleh lah amalkan ni.. dalam 3 kali seminggu ke... cara-caranya pun senang je, korang cuma perlu ambil dalam 3-4 biji limau nipis dan campurkan dengan kapur. Jangan lupa campurkan jugak dengan sedikit air ok.. kemudian apa lagi, sapukan je pada perut korang sampai kering.. Agak-agak dah lama sikit dan cukup kering, maka boleh lah korang bilas dengan air. 

ingat!! : memang berkesan.. korang akan dapati lepas 2-3 kali korang try ni.. perut korang akan berkedut-kedut sikit tanda dia dah mula mengempis. untuk perut yg kedut tu, korang rajin-rajin lah senaman.. buat sit up ke.. gerenti kulit kedut tu akan hilang.. kesan sementara sahaja.





    2.  Limau dan teh


ahha.. cara ni pon agak mujarab jugak.. daripada korang buang duit beli produk pelik2 dan mahal dan jugak membahayakan kesihatan yg ada banyak jual sekarang ni.. baik korang cuba yg ni.. caranya senang je.. korang cuma memerlukan dalam 3-4 biji limau nipis (kalau nak kesan mujarab, lebihkan limau). kemudian perah limau tersebut dalam cawan dan campurkan tengan teh. jadikan dia seperti pati. jangan buat air teh o limau limau pulak.. kalau boleh tambah air sedikit je untuk kasi dia pekat dan lebih mujarab. minum air tadi ni.. yang ni korang boleh amalkan minum sebelum tidur setiap hari. Cuba dan tengok kesannya k.. 




      3.  Pati halia mustajab


nak tawu.. yang ni pon boleh pakai jugak tau.. sebab nya.. dia sekali sapu kat badan memang panas sgt and rasanya memang terbukti boleh membakar lemak-lemak di dalam perot. Cuba dapatkan kat farmasi terdekat k. Rasanya dah banyak jual dah... harga dia lebih kurang dalam RM15- 21.. tertakhluk pada kedai tersebut. Cuba ok! 



What can? and what cant.........??

  • Jangan minum air dalam bilangan yang banyak. lebih-lebih lagi bila makan makanan bersup dan berkuah. Ini akan menambahkan lagi buncit pada perot anda
  • Jangan mandi selepas makan. Seboleh-bolehnya mandi dulu baru makan k.
  • Kurangkan minum ais. tawu ice mesty favourite korang kan? pantang p mana-mana mesty bedal ais punya. ingat kawan-kawan, ais adalah sgt tajam dan boleh membuncitkan perut.  
  • Jangan makan sebelum tidur. Dr Fadzilah Kamsah cakap waktu yg paling sesuai untuk makan adalah 6 jam sebelum tidur. Sebap kita takot makanan yg kita makan tadi menjadi lemak sekiranya tidur. 
  • Menari... kenapa terperanjat? huhu.. kalau nak tawu, di samping berhibur, lemak pada perot korang jugak akan berkurangan ketika menari. So apa salahnya, dalam bilik, pakai headset dan menari mengikut irama yang di pasang! yippi!!
  •  finally.... kalau boleh..... buat lah senaman selalu.. yang tu paling penting sebenarnya... Tambahan lagi senaman berbentuk sit-up... 


kalau boleh korang amalkan sit up ni sebelum dan selepas bangun tidur... untuk permulaan buat 10 kali pun xpe.. slow-slow lama korang akan jadi biasa dengan amalan ni.. dan perot korang pun akan jadi ringan.. betol x? Kalau badan terutama perot dah ringan, barulah rasa bebas dan rajin nk buat kerja.. So apa tunggu lagi... 


                                 Jom mulakan sekarang!!!!




Tuesday, March 6, 2012

Speaker berbentuk angry birds!



hehe... macam-macam la kan... mentang-mentang lah game popular angry birds dah jadi semakin hangat... Macam-macam bentuk barangan angry bird telah diperkenalkan.. Daripada baju, kasot, selipar, beg, bekas botol air, casing handphone, key chain, pendrive casing, jam tangan and macam-macam lagi.. 

ehehe.. then tadi aku pergi shopping sakan dekat bukit bintang plaza sungei wang.. Al-maklumlah.. kat situ macam-macam barang boleh dapat dengan harga yang murah and berpatutan.. and aku pon ingat nak cari speaker untuk lappy.. tetiba aku terpandang akan suatu bentok speaker yg comel molek ni... 

Tadaaa.....


huhu.. comel kan.... 

Yang ni yang kecik je.. harga dia RM 60 untuk satu angry bird speaker ni.. Apa lagi, aku pon angkat la satu..comel sangat!! yeay.. lepas ni boleh tgk movie kat lappy guna speaker baru beli ni! yippi!!!



Saturday, March 3, 2012

Ghost rider: Spirit of Vengeance awesome!!



        Hey.. tengok gambar kat atas ni aku yakin semua kaki-kaki movie dah tawu apa title cerita ni kan.. Filem ghost rider : spirit of vengeance ke- 2 yang telah dilakonkan oleh Nicolas Cage ini sememangnya awesome...!!

        Cerita ghost rider kali ini merupakan kesinambungan daripada filem yg per-tama, yang mana pada episod kali ini mengisahkan mengenai pemburu hantu ( the rider) watak oleh Nicolas telah menggunakan kuasanya untuk menyelamatkan Danny iaitu anak syaitan.  Dalam cerita ni Danny telah digunakan oleh bapanya untuk men-transferkan kuasanya dari tubuh manusia tua kepada tubuh yg lebih berkuasa (tubuh separuh manusia).. So tugas the rider ialah selamatkan budak yang tak bersalah tu.. 

kat bawah ni antara babak-babak dalam filem hot ni: 


The rider : watak malaikat penegak keadilan. 



 Watak ibu kepada Danny : wanita yang telah membuat perjanjian
 dengan syaitan untuk mendapatkan nyawanya kembali
 dengan cara mengandungkan anak syaitan. 



Watak syaitan tersebut......


Watak blackout yang telah dilakonkan oleh Johnywhitworth. 
Watak ini berupaya untuk mereputkan setiap benda yang disentuhnya. 





watak anak syaitan tersebut..! 

seriously, xrugi tengok filem ni.. So apa tunggu lagi.. Jom serbu panggung!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

buble wish akmal azam

facebook

fieza lalaa glitters

free glitter text and family website at FamilyLobby.com