Monday, April 9, 2012

Tips Diet atkin ( Kebaikan dan Keburukan)



             Hai.. ok.. entry aku kali ni masih lagi berkaitan dengan cara-cara nak kurus. Al-maklumlah semenjak berat badan dah bertambah2 ni, mula lah nak carik alternatif untuk kurus semula.. Yelah, siapa yang nak, umur baru masuk 20-an, tak kahwin lagi.. Badan dah macam beranak 5 kan? Sanggup? hehe.... mestilah tak.... Lagipun kesihatan tu penting! cewaah!!!! hahaa....

             Ok, bercerita pasal diet atkin ni, sememangnya diet atkin ni sangat popular kat dalam Malaysia sekarang ni, sebabnya diet atkin ni terbukti sangat-sangat-sangat berkesan!!Boleh kurang 4 kilogram dalam sebulan... Dan yang lebih menariknya lagi, untuk mereka yang malas or tak ada masa nak bersenam, diet atkin ni merupakan diet yang terbaik untuk diamalkan...  Ok, caner nak amalkan diet ni? Jom kita tengok!!




                        aha, jangan confuse ok.. ni bukan piramid makanan yang seimbang tu, kalau nak tawu yang ni merupakan piramid atkin diet untuk mereka-mereka yang nak mengamalkan diet atkin je.Secara umumnya, diet atkin ni berkonsepkan diet rendah karbohidrat dan bukannya diet rendah kalori. Maksudnya kat sini, kita kurangkan ambil karbohidrat dalam makanan dan lebihkan kepada pengambilan protein seperti ikan, daging, sayuran hijau dan sebagainya. 

Secara umunya diet atkin terbahagi kepada 3 peringkat iaitu:
  1. Induction ( 2 minggu atau lebih bergantung kepada berat badan)
  2. On-going weight loss 
  3. Pre-maintenance

Pada peringkat induction ni, lebih kurang dalam 2 minggu, kita kena mengehadkan pengambilan makanan kita, kita DIHARAMKAN untuk mengambil sebarang jenis makanan seperti:

  1. Nasi, mi, mihun. kuey teow, laksa, spagethhi atau sebarang makanan berbentuk gandum.
  2. Segala jenis roti.. roti bakar, roti boy, roti canai atau apa-apa yang namanya roti!
  3. Gula. gula merah, madu, gula-gula ( elakkan minum air manis)
  4. Buah-buahan seperti pisang, tembikal, aple dan semualah!
  5. Snek diharamkan
  6. kekacang, segala jenis kacang
  7. Biskut-biskut
  8. kek dan kuih-muih

                         " ha? Habis tu nak makan apa?"

            Ramai yang terpinga-pinga bila dengar segala jenis makanan yang kita biasa ambil dah tak boleh makan kan? Memang perit jugak sebenarnya. Yelah, nasi tu kan bestfriend kita hari-hari. sehari tak jumpa mesti rindu lah! hehe... Macam aku, aku tak kesah kalau tak ada nasi sekurang-kurangnya boleh ganti dengan makan mihun or kuey teow ke kan... Tapi alamak... Makanan tersebut pun telah diharamkn jugak.... Tulah.. kena berkorban sikit untuk kurus... Tapi ini cuma pada waktu permulaan je... ( induction) Lepas tu boleh lah ambil semula dengan kadar berpada-pada ok! So apa yang kita boleh makan  ni? nak tawu? Jom teruskan membaca.....

       

        Ni makanan yang boleh kita makan: Copying from Kelab diet Online ( harap maklum)

  1. Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung. 
  2. Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis... 
  3. Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal. 
  4. Udang - bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. Elakkan sotong coz karbohidrat tinggi. 
  5. Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun... 
  6. Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari. 
  7. Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
  8. Nak makan burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je... 
  9. Pizza? Makan topping kat atas je, roti kat bawah tu kasi orang yang tak perlu diet... 
  10. Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan. 
  11. Paling penting............. Minum air masak banyak-banyak selalu..

      ahha.. dah tengok dah menu-menu yang boleh dimakan? Nampak macam susah kan? Tapi percayalah.... Once korang dah biasa... Korang akan selesa dengan pengamalan diet ni.. Hanya dengan makan semangkuk sup sayur atau tom yam pada waktu lunch boleh membuatkan korang rasa kenyang. Untuk breakfast korang makan lah telur omelette atau atau telur rebus ke... Dalam kadar 2-3 biji. Untuk lunch boleh tukar-tukar resepi macam ikan bakar, ayam goreng, semangkuk sup dan sebagainya. Samalah macam dinner jugak.... Amalkan selama 2 minggu dan tengok kesanya ok.. Mesti turun punyalah.....!!



Keburukan Diet Atkin


          Tengok tajuk kat atas tu ada tulis tentang keburukan diet atkin kan? Ok, sebenarnya, di samping aku nak bagi maklumat mengenai kebaikan diet atkin yang dikatakan berhasil ni, ada sesetengah pihak melaporkan yang diet atkin ni boleh membawa kesan buruk kepada individu yang mengamalkannya.... Aku pun agak keliru sebenarnya.. Kejap kata ok.. Tup-tup ada yang cakap tak elok...Jom la kita tengok pulak apa keburukannya...

  1. MEMBAWA KEPADA PENYAKIT JANTUNG
    makanan yang kita makan tu banyak berasal daripada protein tinggi dan mengandungi kolestrol seperti udang dan ikan . Dan apabila namanya kolestrol, faham-faham sendiri jelah.. risiko penyakit jantung sangat tinggi.
  2. BENTUK BADAN KURUS-LEMBIK
    memang tak dinafikan melalui diet atkin, kita memang akan kurus dengan cepat, akan tetapi, kurus tersebut lebih kepada kurus-lembik disebabkan penurunan berat kita lebih kepada penurunan berat air dan otot.
  3. TIDAK SELARI DENGAN PEMAKANAN HARIAN DI MALAYSIA
    sememangnya kita tawu bahawa pemakanan harian di Malysia ni memang mementingkan nasi. malah diet atkin telah dicipta oleh Dr Atkin iaitu orang barat yang berbeza pengambilan makananya berbanding negara kita. Salad, steak, dan daging merupakan pengambilan harian mereka berbanding kita yang lebih gemar memakan nasi. 

Pendapat penulis mengenai Diet Atkin

           hmmm.. menurut pandangan aku, mungkin betol jugak mengenai fakta yang cakap bahawa diet atkin ni kurus dengan cara kurus melalui air dan otot. Yelah, kalau kurus macam tu, maknaya memang tak bagus lah untuk tubuh badan kita kan. Lebih-lebih lagi bila ianya boleh membawa kepada penyakit jantung dan jugak tak selari untuk makanan yang ada kat Malaysia ni. Aku sendiri pun pernah terbaca satu pendapat di blog-blog lain mengenai perbincangan diantara pakar diet dan pemakanan yang mana hanya 1 per 5 daripada pakar pemakanan ni yang bersetuju mengenai atkin diet ni. Yang selebihnya membantah dan tidak bersetuju mengenai diet atkin.

           Walaubagaimanapun, kalau aku sendiri dalam keadaan nak diet, mungkin aku akan cuba untuk mengamalkan diet atkin ni. Untuk 2 minggu atau sebulan pertama contohnya. Andai kata penurunan berat badan aku dah berhasil.. mungkin aku akan kembali kepada piramid makanan. Yelah, tubuh badan kita sememangnya memerlukan karbohidrat jugak kn. Tak kan lah tak nak ambil langsung pulak... 


korang rasa pulak macam mana? 
Patut ke tidak mengamalkan diet atkin ni?
Ada cadangan atau pendapat?
Citer kat bawah ni ok!!

Sunday, April 8, 2012

Backyard Monster Facebook Game


( klik untuk besarkan gambar)

         Hey..... lama jugak aku tak update blog ni kan... Bukan tak ada masa, cuma tak ada mood, 
tak ada idea untuk mengarang... Kadang-kadang suasana pun boleh jadi punca.. Yelah, sapa yang suka bila kita tengah sebok taip blog, tup-tup orang kat sebelah sibuk jugak nak tengok apa kita buat kan... Kadang-kadang rasa rimas.. macam ada guard pulak.. ehehhe!

        Ok.... tutup cerita tu, nak tawu tak aku tengah buat apa?? Ni pon punca jugak kenapa aku lupa nak update blog... Tat-tara.... "I found my new obsession!"


                           Backyard Monsters

      Kalau nak tawu game ni, cubalah korang bukak kat facebook.. Search je keyword kat atas tu.. Best jugak main game ni..... Lupa dunia jugak la.... Dia tentang yard kita.... Kita buat defend untuk pertahankan yard kita ni daripada musnah di serang, selain pada tu, kita sediakan haiwan2 monster untuk attack yard orang lain. Syok jugak.... Jom la try main...  Anyway, kepada mereka2 yang suka main game kat lua tu? specially facebook game? Apa agaknya game yang paling best sekarang eh? Korang tawu tak?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

buble wish akmal azam

facebook

fieza lalaa glitters

free glitter text and family website at FamilyLobby.com