Thursday, December 6, 2012

Berat yang sesuai untuk anda!


                hum.. cuba korang tengok kat atas ni.... Pernah tak korang-korang yang tengah berdiet tu macam confuse sebab rasa tak tahu berat sepatutnya yang korang diet and sesuai dengan diri korang.. kalau korang pernah rasa camtu.. samalah aku pun... serious kadang2 keliru and macam tak tahu nak bajet berat berapa yang sesuai untuk diri sendiri...

                  So tadi aku tengah boring-boring, dan sedang godek-godek encik google (cari info pasal diet) then suddenly aku terjumpa ni.. satu website yang bagitahu user atau orang target berat yang sesuai untuk diri masing-masing.. Actually aku rasa website ni berguna untuk mereka-mereka yang baru nak mulakan diet.. 

                   Yelah, bila korang mulakan diet, mesti korang akan target kan, kalau boleh nak kurus and nak turun berapa kg dalam tempoh masa tertentu.. So aku rasa application ni memang sesuai untuk mereka yang nak diet!! so.. sharing is caring kan........ then aku decide nak tulis dalam blog ni so sesiapa yg jumpa blog aku ni dapat maklumat pasal diet.. (mintak-mintak tambah pahala share information..huhu)

                   Macam aku kan, actually time diet haritu aku bajet nak turun dalam 52kg.. Tapi bila aku masukkan data-data aku macam berapa berat, umur, tinggi dan semuanya....tengok-tengok website ni tulis dalam 51 kg... huhu.. terkurang 1kg dr target sasaran.. uhui, takpelah... Tapi actually korang jgn lah get over obses pulak dengan target berat yang website tu bagi ok.. kalau terkurang or terlebih sikit dari target yang korang rasa korang mampu buat apa lah salahnya kan.....Anggap jer website ni sebagai guide...

                   okay, mesti korang rasa bosan gila baca entry ni kan.... so naaaahhhhhhhhh..............
link ke website tu.... 

http://www.halls.md/ideal-weight/body.htm

selamat mencuba dan selamat berdiet.. majulah kurus untuk diri sendiri!! hehe..!!








Monday, December 3, 2012

Semangat nak kurus


                     hum.... tengok gambar kat atas tu.. nampak gila kn beza seorang perempuan tu bila dia gemuk and kurus..... seriously aku memang stress gila bila memikirkan soal tubuh badan kembang milik aku ni..... Diet dah lama dah dekat nak masuk 4 bulan camtu walaupun ada jugak yg kantoi-kantoi makan nasik apa seapi hasil dia macam late sangat nak nampak tau!! seriau betul....

                      Actually aku target sebelum bermula cuti semester and final exam semester ni nak achive berat badan lebih kurang dalam 52 kg at least.. so now ada masa lebih kurang 3 minggu jer lagi.... berat aku sekarang boleh kata dalam 54- 56 kg... (tak sure sebab timbang berubah-berubah mengikut perubahan lepas makan n sebelum makan kot, kadang-kadang rasa nak baling penimbang dari tingkat atas rumah flat aku) 

                         Mula-mula masa proses awal aku diet hari tu berat aku boleh la cakap dalam 58 kg camtu.. slowly dia turun dalam every week 1 kg.... setiap minggu turun 1 kg sampai lah suatu masa bila berat aku dalam 55 kg... aku rasa berat aku ni macam da slowww sikit nak turun.... dia dah xnampak smooth lagi berat tu nk turun.. macam susah-susah-susah sangat tau!! geraammm!! 

                         Ntah la.. mungkin aku kena buat exercise and merajinkan diri ni lebih3 sikit kot.. padahal rasanya dah cukup rajin aku kemas-kemas rumah... lap kipas, sapu umah, basuh pinggan, basuh baju , exercise, semuanya dah aku buat kat rumah.. haiii, saba jela..... kadang-kadang bila berat kita ni macam slow je nak turun memang rasa macam nak give up and nak makan ikut suka hati jer... jangan tak tawu yg aku ni ratu makan!! haa..... 

                    hui.. harap sangat dalam masa 3 minggu lagi berat aku boleh turun dengan mendadak sikit..... tak adalah aku makan hati camni.. antara lemak yang aku tengok rasa gerammmm gila ialah bahagian bahu aku... tak lawa langsung tengok bila aku pakai t-shirt lengan pendek... nampak mcm sangat gagah bila berbahu besar ni..... huh.. sadisnya...

                         takpe.. harap-harap target diet aku berturun lagi dalam masa 3 minggu akan datang.... chaiyok3x!!!!





Sunday, December 2, 2012

Duta village beach resort.... tak sabar!!


                  Di keheningan malam yang aku rasa macam susah sangat nak tidur ni... dan kepanasan.. tiba-tiba datang rasa nak mengupdatekan entry aku kat blog bersawang ni... ok, cerita kali ni tentang bakal percutian yang family aku bakal pergi pada 23 and 24 hb 12 nanti... hum.. percutian waktu krismas nanti! 

                           tertiba-tiba rasa excited and teruja pulak nak pergi bercuti.. al-maklumlah dah lama gila tak bercuti and jalan-jalan makan angin ngan family.. destinati kitorang nanti dekat jer.... dekat kuantan, pahang.. iaitu dekat pantai balok.. actually tiket hotel apa semua pun da booking.. just tinggal tunggu hari and bertolak kat sana jer....

                           Ada jugak aku usha-usha hotel or resort yang aku nak stay ni.. so far nampak mcm memuaskan hati, even tak adalah mewah sangat.. tp bolehlah just untuk lepak2 satu family kan..... Family aku tak ambik bilik chalet sebab semua bilik da penuh awal2 lagi.. so kitorang yang late ni just dapat bilik standard hotel je.. huhu.. kemounan nak stay chalet.. tp xpelah... bilik je pun kan.. yg mana mostly digunakan untuk rehat.. yang selebihnya for sure masa 2 akan digunakan untuk activity outdoor....

                             so, kali ni aku rasa better aku standby sunblock super power spf sebelum kulit aku jadi burn and terbakar gara-gara kena sinaran matahari yg terik!!! haha.... hum.. caner lah agaknya pemandangan kat sana nanti eh.... harap-harap best lah... kat bawah ni antara gambar yg aku survey dekat Duta village beach resort ni.......
layan! 






                 huumm.. so far rasanya ni pic yang aku jumpa pasal duta village ni.. lepas balik dr pergi sana nanti aku upload banyal lagi pic-pic menarik kat sana okay!! peace!!













Saturday, November 10, 2012

Diploma pengurusan maklumat


                       Bagi sesiapa yang baru dapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke uitm dalam kos atau bidang pengurusan maklumat,mesti ada yang pernah tertanya-tanya kan apa tu pengurusan maklumat.. belajar tentang apa and skop kerja dia macam mana.. luas dan macam mana lah agaknya ya kan.... Kalau nak tawu aku pun pernah tertanya-tanya kat diri sendiri suata masa dulu 

"apa tu pengurusan maklumat?? ish.. macam tak pernah dengar je... Boleh bawak ke, senang dapat keja ke nanti and bla, bla, bla.... " 

Akhirnya aku yang kurang and cetek pengetahuan pasal kos ni pun main sebat je terima jugak kos ni.. Al-maklumlah peluang nk layakkan diri dalam kos-kos lain dah tak lepas disebabkan result spm yang kurang cemerlang kan....

                        So kat sini, aku rasa tak salah kalau aku wujudkan satu entry dalam blog aku yang bersawang and jarang update ni mengenai apa kos ni sebenarnya.... sharing is caring right?? walaupun aku rasa aku bukan orang yang selayak-layaknya nak ceritakan tentang apa kos ni, tapi nak cerita sikit-sikit tu boleh la...........

                      Actually diploma in pengurusan maklumat actually banyak belajar pasal cara uruskan maklumat.... YAng lebih jelas lagi, actually kos ni banyak berkaitan pasal library... Ahha, aku tak nak kaitkan dengan library sangat sebenarnya sebab pada peringkat diploma, actually subjek ni cuma general je, student akan belajar pasal system, yang peringkat basic macam buat web site, pasal komputer, pasal nak buat interactive multimedia , pasal rekod and  so on.. selain dari tu, macam aku cakap tadi, subjek pengurusan maklumat ni pun lebih tertumpu kepada perpustakaan.... 

                    Yang dimaksudkan dengan belajar tentang perpustakaan tu adalah contoh-contoh dia macam belajar jenis-jenis perpustakaan yang ada kat dunia ni macam perpustakaan negara, perpustakaan sekolah, perpustakaan akademik dan sebagainya.. belajar fungsi perpustakaan dan yang berkait dengannya lah.. selain dari tu, buku-buku dalam perpustakaan tu pun korang akan belajar tau... kalau nak tawu, setiap buku yang ada dan diterbitkan kat dunia ni mesti akan ada rekod dia yang disimpan oleh library.. so korang akan belajar macam mana cara-cara nak rekod benda tu.. tapi jangan risau sangat.. peringkat diploma korang just akan belajar yang basic-basic and simple jer....



                   Bercakap dari segi kos pengurusan maklumat atau information management ni senang nak score ke tidak... ha, yang tawu aku boleh cakap jangan risau jer.. actually kos ni just memerlukan daya penghafalan yang kuat je sebenarnya.... bermaksud sebarang jenis kemahiran mengira dalam matemetik tak diperlukan, so bagi sesiapa yang memang tak minat subjek matematik macam aku ni, ini adalah subjek yang sesuai dengan anda.... huhuhu!! Asalakan korang boleh faham apa yang pensyarah ajar masa kuliah, and korang balik baca, faha, and hafal.. insyaallah koleh boleh grad dengan cemerlang dalam subject ni.. Actually aku bercakap ni dari pengalaman kawan-kawan jugak sebap ada yang cakap subjek ni paling senang nak score.... dari segi keseronokan balajar tentang kos ni pulak tergantung kepada individu.. sesiapa yang minat buku, ulat buku, selalu pergi library, sangat-sangat lah disarankan untuk amik kos ni.. sebap lepas grad korang boleh pembantu pegawai perpustakaan dengan diploma tu tau.. kalau nak jadi librarian or pegawai perpustakaan kena lah korang sambung degree pulak kan... 

                    hum, lagi satu bila korang dah habis je grad nanti.. korang boleh sambung ke degree, yang mana bila nak sambung ke degree, benda ni dia akan pecah kepada beberapa kos seperti degree in sains perpustakaan, degree in school resource center, degree in record dan jugak degree in system... so yang tu korang boleh ikut kemahiran and kepakaran masing-masinglah... Aku tak tawu kalau universiti lain, tapi kalau kat uitm, rasanya subjek ni kat kampus uitm machang kelantan, kampus uitm kedah, kampus uitm johor, dan jugak kampus uitm sarawak... untuk degree pulak berdiri dengan gahnya (huhu) kat puncak perdana...

                  rasanya ini jer yang boleh share pasal diploma in information management  ni..... harap-harap information yang aku bagi ni berguna untuk orang-orang yang blur macam aku dulu... tak tawu ape kejadah kah information management tu.. huhu! so, bijak-bijak lah buat keputusan yer!!!







                   

Tuesday, October 16, 2012

Sinopsis Taken 2 : Awesome!


Hey... siapa yang dah tengok kesinambungan daripada movie taken 1 hari tu.. Lakonan Liam Neeson memang awesome.... 

Ok.. sinopsis cerita ni boleh lah dikatakan sebagai revenge daripada filem taken 1.. kalau masa taken 1 hari tu mengisahkan tentang anak kepada bodyguard lakonan liam neeson ni diculik untuk dijadikan pelacur and ayah dia cuba dapatkan dia balik kan? 

Untuk filem taken 2 ni pulak, puak-puak albanian yang mana anak-anak dorang telah dibunuh masa  taken 1 hari tu nak balas dendam kat bodygguard ni... waktu bodyguard ni jalankan tugas kat Istanbul, dorang plan untuk tangkap and bunuh secara perlahan dan seksa dekat bodyguard ni...

Malangnya, waktu diorang nak balas dendam kat bodyguard ni, tup-tup isteri bodyguard ni Lenore and anak dia datang jumpa dia.. dorang ingt nak bercuti bersama-sama tapi malangnya lain pulak yg jadi bila penjahat tu berjaya culik dorang...... 

Hum.. setrusnya berlaku lah aksi tembak-menembak and aksi hebat dari Liam neeson macam mana dia nak lepaskan diri dari penjahat-penjahat tu.... and dapatkan kepala penjahat tu sorang demi sorang.... Kat bawah ni antara babak-babak dalam filem tu...

aksi anak bodyguard tu nak selamatkan diri dari penjahat yang kejar dia..


Lenore..


Lenore, isteri bodyguard tersebut yang hampir-hampir kena tembak..



Nota kaki: Namun demikian, apa yang tak bestnya dalam movie ni, bila dorang gunakan dan babitkan orang yang beragama islam sebagai penjahat.. PAling sedih bila bila azan kita kedengaran dalam filem tu.. Al-maklumlah.. kepala orang barat ni dah set yang orang islam ni terrorist pengganas dan sebagainya.... mungkin kesan daripada peristiwa 9 september yang kononnnya orang islam buat jihad langar mati menara dorang tu.. Wallah-hu Alam.. 

nak viva 850.. nak kereta baru!!


tadaaaa.......... tengok pic kat atas ni.. cantik takk..........? 
actually aku sekarang ni tengah syok berangan- bernagan nak memiliki kereta di atas... wel, sebagai seorang student rasanya tak mampu untuk aku nk beli  kereta macam ni lagi.. anyway hari tu tiba2 aku tertengok 1 pamplet dari perodua yang cerita pasal kereta viva ni.. graduate and university student pacjage kononnya.. and bayaran bulanan sekurang-kurangnya RM 299 per month... Lalu aku pun mula lah berangan-angan nk memiliki kereta ni... Maybe sem akan datang aku dah malas nak duduk hostel/kolej lagi ikut.. rasa nak ulang alik je dari rumah ke sini.. al-maklumlah dari bandar sunway ke puncak perdana kan taklah jauh sangat.. kalau naik motor dalam 35 minit, so kalau naik kereta mungkin dalam 45 minit.. (maybe).....

So, setelah berfikir-fikir dan tolak campur tambah darab semua.. aku rasa start dari sem depan aku nak bawak kereta kot datang uitm ni.. insyaallah kalau plan menjadi seperti yang dirancang.. so cuti semester nanti boleh aku ambil terus lesen kereta.... sebab kalau nak beli kereta mengikut pakej graduate student tu kena lah ada lesen kereta dulu kan... lagipon hari tu aku ada isi form amik lesen kereta anjuran PERKOM... murah je..... RM 75 ringgit and belajar sampai lulus.. aku rasa ni salah satu daripada program yang dianjurkan kerajaan kot.. mula-mula macam takut-takut nak join coz takut tipu< pastu akusearch la badan apa PERKOM ni.. finally tengok keluar kat paper sinar harian yang PERKOM ni sekarang memang tengah giat jalankan program untuk rakyat malaysia ambil lesen dengan harga murah.. Alhamdulillah rezeki.. tak sabar sudah!

Berkaitan dengan kereta pulak.. rasanya aku nak amik viva 850 yg total-total lebih kurang RM 33.000... so aku amik bayaran bulanan dlm 9 tahun and zero deposit/ duit muka.... maybe nak amik warna hitam metallic... (ingat nak amik putih,tapi aku bukan pembersih) huhuu... So kalau calculate-calculate lah kan......... sebulan lebih kurang 350 macam tu aku bayar.. insyaallah harap-harap plan aku ni berjalan seperti yg dirancang.. Amin.. doakan berjaya and success ok..!

Saturday, June 23, 2012

"adik, tolong ambilkan abang secebok air, abang nak basuh kencing"


(Gambar sekadar hiasan)


ohoiii.. jangan terperanjat bila baca title tu, and jgn terfikirkan sebarang perkara yg lucah okay.. tiba2 mlm ni aku rasa nak ceritakan pengalaman waktu kecil aku yg naif.. kalau rasa nak tawu, jom lah baca... mungkin boleh dijadikan teladan bila korang dah ada anak-anak nanti..... 

Tiba-tiba aku teringat pengalaman masa kecil aku, waktu tu aku darjah 3 macam tu.. (kurang ingat).. Masa tu aku tinggal dekat kawasan rumah setinggan desa hormat... dekat kawasan rumah setinggan tu ada satu toilet awam yg dibina untuk kemudahan orang ramai.. kebetulan petang tu,aku pon main-main la dengan kawan aku ni kat sebelah toilet tu... ada pondok kecik yg budak-budak boleh buat main kat situ.. tak lama tengah aku syok bermain, dtg lah seorang abang ni, muda lagi, umur dalam lingkungan 20-an.. berjanggut sikit.. dia datang kat aku dan teros cakap....

"adik, boleh tolong abang ambilkan air secebok tak,
abang nak basuh kencing!"

Mendengarkan abang ni abang cakap tu, aku tak tawulah kenapa aku ni begitu naif and bodoh sangat waktu tu.. aku teros je berlari balik kat rumah aku yang tak jauh dari situ dan ambilkan secebok air untuk abang tu basuh air kecil dia.. mungkin fikiran aku masih bersih, and belum mengerti apa-apa waktu tu... lantas aku pun bagilah air secebok tu kat abang tu... yang kawan aku tadi, dia berusia 3 tahun lebih tua dari aku, mungkin dia lebih matang and boleh fikir, dia pon teros lari pergi report kat abg dia.... dalam waktu yang sama, aku yg bodoh ni.. tengah temankan abang ni buang air kecil dia.... kenapa lah aku bodoh sangat.... aku ingat lagi, abang ni siap suruh aku pegang dia punya tuuttt untuk melepaskan nafsu dia kot....

Dalam pada abang tu tengah nak suruh aku pegang dia punya tuutttt tu, dtg lah kawan aku td ni dengan abg dia yg xseberapa nak besar, umur sekolah2 rendah jugak, nak tgk apa yg berlaku lah kononnya... Teros abg gatal tadi ni halau dan marah....Mungkin tuhan nak selamatkan aku waktu tu, tergerak dalam hati aku waktu tu untuk tak nak menuruti kehendak lelaki durjana tu yang nak aku pgg dia punya alat sulit... Abang tu terus cakap kat aku macam ni, "takpe lah kalau adik tak nak pegang, tapi adik janji jangan bagitahu orang lain taw!".. Aku pon terus mengangguk tanda mengiyakan je ckp abang tu.... 

Tapi, sumpah. waktu tu aku sedikit pun tak pernah tawu yang perkara yg abg tu buat kat aku adalah sesuatu yg salah... sampailah suatu hari, bila pakcik aku bercerita kat aku mengenai batas-batas hubungan anatara lelaki dan perempuan... barulah aku tahu, yang semua tu   salah.... terus aku menangis-menangis and cerita kat ayah aku pasal tu.. sebap waktu tu aku fikir yg aku dah buat dosa... Lepas tu ayah aku terangkan kat aku yang tak bersalah sebap aku tak tahu apa-apa pun dan tak bagi aku main kat situ lagi..... So pengajaran nya untuk semua, jaga-jagalah anak korang... perhati kat mana tempat dia bermain and sentiasa awasi dia... Kat luar sana, banyak sangat lelaki mental dan gila seks yang tak boleh nak berfikir dengan waras sampai sanggup menjadikan kanak-kanak sebagai mangsa mereka.. Aku bersyukur sebap tuhan selamatkan aku waktu tu.... 



Wednesday, May 16, 2012

Perkembangan diet atkins


        hai... lama jugak rasanya aku tak meng-update blog... ok, cerita aku kali ni simple jer, aku cuma nak bercerita mengenai perkembangan terbaru aku mengenai diet atkins yamg aku amalkn ni.. Al-hamdulillah. setelah 3 mingu aku amalkan diet atkin tanpa rasa jemu-jemu ni.. aku berjaya kurangkan berat badan aku.. tapi memang perlu tahap kesabaran yang paling tinggi.. Malah, kutukan daripada orang sekeliling aku yang banyak menjadi pendorong untuk kurangkan berat badan aku ni.. Kalau nak cakap aku dah capai target aku, memang xjugak lah, sebap target berat badan aku terlalu tinggi, iaitu nak capai dalam 47-49kg ke.. tu dah sampai berat model2 dah.. tp so far ok lah.. diet aku ni menunjukkan penurunan.. now latest berat badan aku ialah 56-57 kg.. turun beberapa kilo sebap sebelum ni berat aku 62 kg.... Al-hamdulillah...

           Tapi tu lah masalahnya, aku ni jenis orang yang cepat bputus asa, bukan bputus asa lah,, tapi boleh dikategorikan sebagai cepat berpuas hati.. berat baru turun beberapa kilogram dah mula lupa nak diet and bedal macam-macam... Al-maklumlah, walaupun diet, namun selera makan aku tetap tinggi, aku nak makan spagethhy lah, ice blended lah.. and macam-macam lagi.... wahai manusia di sekeliling ku.. tolong ler bantu aku.. kutuk aku banyak-banyak lagi supaya aku boleh menjadikannya sebagai suatu semangat.... ini ha.. aku dah mula nak ternak lemak balik dah.. hahaa..

ok, bercerita pasal diet atkin yang aku amalkan dulu memanglah sangat-sangat dashat taw, lebih dashat dari diet yang biasa.... antaranya seperti: 

  • makan sekali sehari jer, makan ayam 2 ketul, tp untuk sekali sehari jer... kadang2 just makan sup sayur or apa-apa.. ikot mood kalau kat rumah.. nasi or apa-apa memang confirm xmakan punya lah.....
  • berenang seminggu sekali kalau boleh, seriously memang membantu, tp lepas jer berenang badan akan jadi sangat-sangat-sangat penat... balik teros tido dan jangan makan!
  • minum air neutral clenx tea.. 2 hari sekali ke.. or kalau rasa makan tu dah banyak sangat, teros minum.. sebap nak buang makanan yang kita makan dan halang dia jadi lemak....

so far, hasil daripada amalan aku mcm tu, maka aku berjaya mengurangkan lemak-lemak di badan. tapi 2 lah, perlukan usaha berterusan....  



Monday, April 9, 2012

Tips Diet atkin ( Kebaikan dan Keburukan)



             Hai.. ok.. entry aku kali ni masih lagi berkaitan dengan cara-cara nak kurus. Al-maklumlah semenjak berat badan dah bertambah2 ni, mula lah nak carik alternatif untuk kurus semula.. Yelah, siapa yang nak, umur baru masuk 20-an, tak kahwin lagi.. Badan dah macam beranak 5 kan? Sanggup? hehe.... mestilah tak.... Lagipun kesihatan tu penting! cewaah!!!! hahaa....

             Ok, bercerita pasal diet atkin ni, sememangnya diet atkin ni sangat popular kat dalam Malaysia sekarang ni, sebabnya diet atkin ni terbukti sangat-sangat-sangat berkesan!!Boleh kurang 4 kilogram dalam sebulan... Dan yang lebih menariknya lagi, untuk mereka yang malas or tak ada masa nak bersenam, diet atkin ni merupakan diet yang terbaik untuk diamalkan...  Ok, caner nak amalkan diet ni? Jom kita tengok!!




                        aha, jangan confuse ok.. ni bukan piramid makanan yang seimbang tu, kalau nak tawu yang ni merupakan piramid atkin diet untuk mereka-mereka yang nak mengamalkan diet atkin je.Secara umumnya, diet atkin ni berkonsepkan diet rendah karbohidrat dan bukannya diet rendah kalori. Maksudnya kat sini, kita kurangkan ambil karbohidrat dalam makanan dan lebihkan kepada pengambilan protein seperti ikan, daging, sayuran hijau dan sebagainya. 

Secara umunya diet atkin terbahagi kepada 3 peringkat iaitu:
  1. Induction ( 2 minggu atau lebih bergantung kepada berat badan)
  2. On-going weight loss 
  3. Pre-maintenance

Pada peringkat induction ni, lebih kurang dalam 2 minggu, kita kena mengehadkan pengambilan makanan kita, kita DIHARAMKAN untuk mengambil sebarang jenis makanan seperti:

  1. Nasi, mi, mihun. kuey teow, laksa, spagethhi atau sebarang makanan berbentuk gandum.
  2. Segala jenis roti.. roti bakar, roti boy, roti canai atau apa-apa yang namanya roti!
  3. Gula. gula merah, madu, gula-gula ( elakkan minum air manis)
  4. Buah-buahan seperti pisang, tembikal, aple dan semualah!
  5. Snek diharamkan
  6. kekacang, segala jenis kacang
  7. Biskut-biskut
  8. kek dan kuih-muih

                         " ha? Habis tu nak makan apa?"

            Ramai yang terpinga-pinga bila dengar segala jenis makanan yang kita biasa ambil dah tak boleh makan kan? Memang perit jugak sebenarnya. Yelah, nasi tu kan bestfriend kita hari-hari. sehari tak jumpa mesti rindu lah! hehe... Macam aku, aku tak kesah kalau tak ada nasi sekurang-kurangnya boleh ganti dengan makan mihun or kuey teow ke kan... Tapi alamak... Makanan tersebut pun telah diharamkn jugak.... Tulah.. kena berkorban sikit untuk kurus... Tapi ini cuma pada waktu permulaan je... ( induction) Lepas tu boleh lah ambil semula dengan kadar berpada-pada ok! So apa yang kita boleh makan  ni? nak tawu? Jom teruskan membaca.....

       

        Ni makanan yang boleh kita makan: Copying from Kelab diet Online ( harap maklum)

  1. Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung. 
  2. Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis... 
  3. Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal. 
  4. Udang - bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. Elakkan sotong coz karbohidrat tinggi. 
  5. Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun... 
  6. Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari. 
  7. Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
  8. Nak makan burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je... 
  9. Pizza? Makan topping kat atas je, roti kat bawah tu kasi orang yang tak perlu diet... 
  10. Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan. 
  11. Paling penting............. Minum air masak banyak-banyak selalu..

      ahha.. dah tengok dah menu-menu yang boleh dimakan? Nampak macam susah kan? Tapi percayalah.... Once korang dah biasa... Korang akan selesa dengan pengamalan diet ni.. Hanya dengan makan semangkuk sup sayur atau tom yam pada waktu lunch boleh membuatkan korang rasa kenyang. Untuk breakfast korang makan lah telur omelette atau atau telur rebus ke... Dalam kadar 2-3 biji. Untuk lunch boleh tukar-tukar resepi macam ikan bakar, ayam goreng, semangkuk sup dan sebagainya. Samalah macam dinner jugak.... Amalkan selama 2 minggu dan tengok kesanya ok.. Mesti turun punyalah.....!!



Keburukan Diet Atkin


          Tengok tajuk kat atas tu ada tulis tentang keburukan diet atkin kan? Ok, sebenarnya, di samping aku nak bagi maklumat mengenai kebaikan diet atkin yang dikatakan berhasil ni, ada sesetengah pihak melaporkan yang diet atkin ni boleh membawa kesan buruk kepada individu yang mengamalkannya.... Aku pun agak keliru sebenarnya.. Kejap kata ok.. Tup-tup ada yang cakap tak elok...Jom la kita tengok pulak apa keburukannya...

  1. MEMBAWA KEPADA PENYAKIT JANTUNG
    makanan yang kita makan tu banyak berasal daripada protein tinggi dan mengandungi kolestrol seperti udang dan ikan . Dan apabila namanya kolestrol, faham-faham sendiri jelah.. risiko penyakit jantung sangat tinggi.
  2. BENTUK BADAN KURUS-LEMBIK
    memang tak dinafikan melalui diet atkin, kita memang akan kurus dengan cepat, akan tetapi, kurus tersebut lebih kepada kurus-lembik disebabkan penurunan berat kita lebih kepada penurunan berat air dan otot.
  3. TIDAK SELARI DENGAN PEMAKANAN HARIAN DI MALAYSIA
    sememangnya kita tawu bahawa pemakanan harian di Malysia ni memang mementingkan nasi. malah diet atkin telah dicipta oleh Dr Atkin iaitu orang barat yang berbeza pengambilan makananya berbanding negara kita. Salad, steak, dan daging merupakan pengambilan harian mereka berbanding kita yang lebih gemar memakan nasi. 

Pendapat penulis mengenai Diet Atkin

           hmmm.. menurut pandangan aku, mungkin betol jugak mengenai fakta yang cakap bahawa diet atkin ni kurus dengan cara kurus melalui air dan otot. Yelah, kalau kurus macam tu, maknaya memang tak bagus lah untuk tubuh badan kita kan. Lebih-lebih lagi bila ianya boleh membawa kepada penyakit jantung dan jugak tak selari untuk makanan yang ada kat Malaysia ni. Aku sendiri pun pernah terbaca satu pendapat di blog-blog lain mengenai perbincangan diantara pakar diet dan pemakanan yang mana hanya 1 per 5 daripada pakar pemakanan ni yang bersetuju mengenai atkin diet ni. Yang selebihnya membantah dan tidak bersetuju mengenai diet atkin.

           Walaubagaimanapun, kalau aku sendiri dalam keadaan nak diet, mungkin aku akan cuba untuk mengamalkan diet atkin ni. Untuk 2 minggu atau sebulan pertama contohnya. Andai kata penurunan berat badan aku dah berhasil.. mungkin aku akan kembali kepada piramid makanan. Yelah, tubuh badan kita sememangnya memerlukan karbohidrat jugak kn. Tak kan lah tak nak ambil langsung pulak... 


korang rasa pulak macam mana? 
Patut ke tidak mengamalkan diet atkin ni?
Ada cadangan atau pendapat?
Citer kat bawah ni ok!!

Sunday, April 8, 2012

Backyard Monster Facebook Game


( klik untuk besarkan gambar)

         Hey..... lama jugak aku tak update blog ni kan... Bukan tak ada masa, cuma tak ada mood, 
tak ada idea untuk mengarang... Kadang-kadang suasana pun boleh jadi punca.. Yelah, sapa yang suka bila kita tengah sebok taip blog, tup-tup orang kat sebelah sibuk jugak nak tengok apa kita buat kan... Kadang-kadang rasa rimas.. macam ada guard pulak.. ehehhe!

        Ok.... tutup cerita tu, nak tawu tak aku tengah buat apa?? Ni pon punca jugak kenapa aku lupa nak update blog... Tat-tara.... "I found my new obsession!"


                           Backyard Monsters

      Kalau nak tawu game ni, cubalah korang bukak kat facebook.. Search je keyword kat atas tu.. Best jugak main game ni..... Lupa dunia jugak la.... Dia tentang yard kita.... Kita buat defend untuk pertahankan yard kita ni daripada musnah di serang, selain pada tu, kita sediakan haiwan2 monster untuk attack yard orang lain. Syok jugak.... Jom la try main...  Anyway, kepada mereka2 yang suka main game kat lua tu? specially facebook game? Apa agaknya game yang paling best sekarang eh? Korang tawu tak?


Tuesday, March 20, 2012

Kenali berat ideal anda!



        Tatt.. tara..... hehehe, harap maaf.. Disebabkan berat badan aku yang semakin bertambah sejak kebelakangan ni, maka terbit lah entry-entry ber-bawu berat badan, tips kurus and macam-macam lagi. huhuu.. Anyway ni aku nak share dengan korang berat badan yang selari dengan tinggi masing-masing. Cepat lari ambil penimbang dan timbang berat badan korang sekarang jugak! Ahha, jangan lupa ukur tinggi masing-masing jugak ok. kita nak tengok samaada korang ni slim ke, atau OVERWEIGHT! heheehe! Tadaa... kat bawah ni merupakan table berat badan.

(klik untuk besarkan gambar)


hehehe.. amacam? ideal tak berat badan korang? haha.. aku ukur-ukur tadi.. berat aku 62 kg ( beratnya!)
tinggi pulak 158.so kira ideal la 2.. haha.. tp tambah sekilo lg lah cukup lah untuk dilabelkan sebagai 

                                   "GEMUK".........................................OWH.. TIDAK!!!!! 

              ahha, lagi satu cuba korang pergi kat website ni, masukkan ketinggian korang berapa.. kat sini korang boleh tawu sama ada korang ni anorexia ke, ideal ke, tak pun overweight!!! Selamat mencuba!!

                               
                                http://web4health.info/en/answers/ed-dia-weight-ideal.htm 










Thursday, March 15, 2012

Awas! Kacang soya berbahaya! Penyebab Kanser!!

Soya bean  penyebab kanser payudara dan thyroid...
                                 
                                        

Percaya atau tidak, mesti korang akan cakap macam ni bila baca tajuk kat atas tu:

"eh, yeke ni?"

"betul ke? tak percayalah!"

"mana ada, soya bean kan bagus!"

          Sebenarnya, aku pun pada mulanya macam tak percaya bila aku terbaca dan dapat tawu pasal ni. Al-maklumlah, kita semua kan dah serba maklum tahu bahawa konon-kononnya soya bean ni kaya dengan nutrisi dan asid amino yang boleh memperbaiki tisu badan dan jugak boleh mengurangkan risiko penyakit jantung. Malah, soya bean jugak boleh membantu mengurangkan rasa lapar. Apatah lagi bila kita selalu dengar...............:

                            "kalau nak anak putih, masa mengandung,
                         minumlah air soya banyak-banyak!"

             Tup.. tup.. hari tu, aku dapat tawu.. masa tu sedang dalam kuliah.. tiba-tiba pensyarah aku bercerita mengenai bahana kacang soya ni. Kebetulan pulak waktu tu aku pon sedang mabuk giler dengan air kacang soya ni. Boleh kata hari-hari aku beli air kacang soya dekat gerai pak cik yang jual dalam UITM ni...

             Cerita pensyarah aku tuh macam ni, ada lah sebulan tu, sepupu dia memang suka sangat-sangat minum air soya. Tiap-tiap hari dia pergi beli air soya. Sampailah tak lama kemudian tu, dia pergi buat check up dekat klinik. Then doktor cakap ada dalam perut dia ada satu ketumbuhan kecil (yeast), padahal sebelum-sebelum ni dia buat check up tak penah pulak jadi macam tu..  Lepas tu, sepupu dia fikir punya fikir, baru lah dia tahu yang selama sebulan tu, dia sangat kerap minum air soya. Tak lama kemudian, lepas sebulan dia hentikan minum soya, dia datang klinik buat check up semula, dan alhamdulillah, ketumbuhan kecil tu dah hilang semula. 



             Kalau korang nak tawu, kacang soya, atau apa-apa shaja produk yg berkaitan dengan soya, antaranya seperti air kacang soya, tempe, kicap soya, muffin soya dan pelbagai lagi mengandungi "cyst". cyst ni lah yang telah menjadi punca kepada pertumbukan dalam badan. Maka disebabkan itu, kalau kita amalkan makan soya ni banyak-banyak,, risiko mendapat kanser seperti kanser thyroid dan kanser payudara sangat tinggi. 

            Bukan itu sahaja, kajian yang aku lakukan melalui pembacaan jugak ade katakan bahawa soya ni mengandungi bahan kimia yang bersifat anti-nutritional yang mana ianya menghalang proses penyerapan vitamin dan nutrition. ( senang citer, nutrion tu tersekat dek kerana soya).




             Tambahan lagi aku ada terbaca satu artikel mengenai seorang perempuan ni, berasal dari Texas yang mengamalkan pemakanan sihat. Dia sangat percaya pada kacang soya ( terpedaya daripada baca fakta di majalah) sehinggakan dia menjadikan kacang soya sebagai rutin makanan seharian dia sejak dari bangku sekolah lagi. Daripada breakfast hingga dinner. Semuanya mesti ada kacang soya. Makanan yang berasakan daripada soya. Perbuatan ini berterusan sehinggalah dia berumur 20 tahun. Masa tu dia mengalami masalah kitaran haid. Haid dia tak datang menyebabkan dia terpaksa ambil ubat. Namun begitu darah haid dia yang datang ni sangat berbeza dengan perempuan lain. Sakit period dia tuh sangat berbeza. (terlau sakit). Sampailah umur dia masuk 25, waktu tu, period dia jadi sangat teruk di mana dia tak boleh nak berjalan pun waktu kena period. Kemudian pada umur dia 27, doktor dia (gynecologist) telah menemukan 2 ketul "cyst" dalam perut dia yang sebesar bola tenis. Dia pun melakukan pembedahan untuk buang cyst tu...

              Tapi kes ni tak berakhir di situ, tak lama lepas tu, doktor dia kesan ada ketul pada payu dara dia dan dia pun terus melakukan pembedahan. Kemudian tak lama, dia mengesan kat leher dia ada macam satu ketulan. dia lantas diadiagnosis dan doktor mengesahkan bahawa itu adalah thyroid. Dia pun terus buat keputusan untuk di bedah segera dengan cara iodin radioaktif. Selepas selamat menjalani rawatan, perempuan ni pun nekad untuk mencari punca kepada sakit yang dia alami selama ini. Perempuan ni sedikit pon tak syak bahawa soya merupakan penyebabnya kerana majalah pun tak pernah bagitahu tentang bahana memakan soya ni sehingglah dia terbaca satu web-site yang menceritakan kesan buruk makan soya.

Ini antara pesan dia yang lain:

Breast cancer is linked to estrogen. What mimics estrogen in the female body, SOYA! But I never suspected soya because until now I never once found a single article that stated soya could be dangerous. Women who took soya prior to thyroid problems will continue to take it after if they are not aware of what soya actually does, what it contains and how it reacts in the female body. I think this is the reason that women with thyroid cancer often develop breast cancer later.

My co-worker is big into soya and I see her losing hair and gaining weight despite a walking workout during her break and after work, and apples and oranges for lunch. She just had cysts removed from her uterus too. I warn her to stay off soya. I refer her to websites but until it is on the evening news on all four networks, women will suffer. Since the thyroidectomy. I do not touch soya, haven't for two years.

Dear readers, please use my story in any way you can. There are so many young girls who are consuming soya because they think they are taking care of themselves, and women taking soya because they want to be healthy. It is so unfair that the information about the dangers of soya isn't more widely circulated. It is sad. There are many out there who feel this way and it is a terrible blow when you realize you are not as healthy as you thought and that the information that you depended on was wrong.

Regards
Jenny Rettig International Sales Assistant Kaba Gallenschutz GmbH"

So lepas baca semua ni..

Apa yang korang rasa mengenai soya? 
Masih mahu minum soya setiap hari lagi? 
Terpulanglah pada individu, 
tapi saranan aku, 
ambil biar berpada ,
jangan ambil berlebihan, 
sebap sesuatu perkara makanan tu,
mesti ada kebaikan dan buruk dia.....
Pandai-pandai lah kita seimbangkan dia....




Sumber:







Wednesday, March 14, 2012

Resepi Spaghetti Bolognese! Makan time...

Spaghetti Bolognese (fieza lalaaa.............)


Tengok pic kat atas ni? Nampak macam sedap kan.. nyam! nyam!
Hehe, favourite aku ni, baru-baru ni aku ada buat.....
Rasanya semua umum dah tawu cara nak buat dia kan...
Tapi still nak share resepi ni.....
enjoy reading this ok!

Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah: 

Mee spaghetty jenama San Remo

Daging kisar/ daging cincang (ramlee brand)


Bawang merah dan bawang putih di cincang halus. 

Meatball dan hot dog di potong halus.

Cendawan butang di potong halus.

Capcisum ( cili bangala dipotong dadu)

Sos pasta Prego

Cara-cara memasak spaghetti: 

  1. Untuk memasak mee spaghetti, senang je, rebus mee ke dalam periuk yang sesuai dengan saiz spagethhi dan jangan lupa campurkan sedikit minyak untuk mengelakkan mee spaghetti daripada melekat. Selain daripada tu, jangan lupa tambahkan sedikit garam untuk menyedapkan rasa mee spaghetti tersebut. Jangan memasak mee spagetti terlalu lama sehingga begitu kembang. Masak dalam 6 minit pun dah cukup. 
  2. Untuk kuah spagetti, masukkan minyak ( atau boleh gunakan butter cup), dan tumis bawang merah dan bawang putih yang di cincang halus sehingga naik bawu harumnya.
  3. Kemudian masukkan hot dog dicincang dan juga meatball serta daging cincang. Tumis sehingga warna daging cincang naik kekuningan. 
  4. Kemudian bolehlah masukkan sos pasta prego dan jangan lupa tambahkan air untuk kuahnya. 
  5. Tambahkan gula dan garam ke dalam kuah spaghetti secukup rasa.
  6. Step terakhir, masukkan cendawan butang ke dalam kuah spagetti.
  7. Siap! ready for serving!  



Daiso Japan : RM5


           Pernah ternampak logo kedai kat atas ni kat mana-mana tak? ok, sebenarnya aku nk promote sikit tentang kedai Daiso Japan ni.. Kalau korang nak tawu, kedai Daiso Japan merupakan sebuah kedai yang berkonsepkan Japanese dan menjual semua barangan dengan harga hanya RM 5. 

            Kalau nak tawu lagi, kat sini macam-macam barangan korang boleh dapat dengan harga hanya RM 5 sahaja antaranya seperti peralatan dapur, alat tulis, mekap, makanan ringan, kotak-kotak hadiah, topi, dan permainan dan pelbagai lagi. 

           Ahhaha, yang menariknya lagi kat Daiso Japan ni ialah semua barangnya boleh kata dari Jepun punya produk. Banyak barang-barang yang cute giler boleh dapat kat sini dengan harga yang murah. Seriously, boleh naik geram dan rambang mata sebab semuanya murah dan rasa nak berbelanja je! JOmla singgah.. Dah banyak outlet Daiso Japan yang di bukak kat sekitar Kuala Lumpur ni.. huhuhhu... 







Monday, March 12, 2012

kejam: Ikan dimakan hidup-hidup


         Penah dengar tentang ikan yang dimakan secara hidup-hidup takkk..? ok, cerita dia macam ni.... kalau nak tahu, dekat negara china, terutamanya Beijing, amalan memakan ikan secara hidup ni sememangnya sangat popular di kalangan masyarakat dorang.

         Pada mulanya ikan ni akan di siang, dikeluarkan segala isi perutnya, dan kemudian ikan ni akan dicelup/ goreng masak hanya pada  bahagian badannya ( seperti dalam gambar). Kemudian, untuk menambahkan lagi rasanya, sos akan disertakan bersama ikan ini yang masih hidup dan kemudian siap untuk disajikan kepada pelanggan.

          Yang lebih kejam lagi, pelanggan akan bermain dengan ikan ini, usik-usik ikan ni dan sebagainya... Sememangnya amalan makan ikan hidup adalah diharamkan dalam islam kerana perbuatan seumpama ini dianggap menyeksa ikan tersebut. Namun, masyarakat di negara china dan jepun mengganggap amalan memakan ikan hidup ini seperti budaya. Malahan, bekas pemimpin korea-utara, Kim Jong-il juga gemar memakan ikan hidup ini.

Berikut merupakan beberapa video bagaimana ikan ini dimasak dan pelanggan memakannya:




                                          

Sumber: 





Thursday, March 8, 2012

Tips kempiskan perut buncit


    adakah perut anda sekalian sebuncit ini? 

kalau ye.. ni aku ada petua yang pernah aku amalkan sendiri and aku rasa nak share untuk pembaca sekalian.. memang mujarab sebab aku pun "bekas- pembuncit" jugak dulu.. huhuuhu...

Secara umumnya ada 3 cara untuk kempiskan perut bagi mereka yang dah terlanjur berperut buncit di luar tu: 

  1. Guna limau dan kapur

Untuk luar perut, korang boleh lah amalkan ni.. dalam 3 kali seminggu ke... cara-caranya pun senang je, korang cuma perlu ambil dalam 3-4 biji limau nipis dan campurkan dengan kapur. Jangan lupa campurkan jugak dengan sedikit air ok.. kemudian apa lagi, sapukan je pada perut korang sampai kering.. Agak-agak dah lama sikit dan cukup kering, maka boleh lah korang bilas dengan air. 

ingat!! : memang berkesan.. korang akan dapati lepas 2-3 kali korang try ni.. perut korang akan berkedut-kedut sikit tanda dia dah mula mengempis. untuk perut yg kedut tu, korang rajin-rajin lah senaman.. buat sit up ke.. gerenti kulit kedut tu akan hilang.. kesan sementara sahaja.





    2.  Limau dan teh


ahha.. cara ni pon agak mujarab jugak.. daripada korang buang duit beli produk pelik2 dan mahal dan jugak membahayakan kesihatan yg ada banyak jual sekarang ni.. baik korang cuba yg ni.. caranya senang je.. korang cuma memerlukan dalam 3-4 biji limau nipis (kalau nak kesan mujarab, lebihkan limau). kemudian perah limau tersebut dalam cawan dan campurkan tengan teh. jadikan dia seperti pati. jangan buat air teh o limau limau pulak.. kalau boleh tambah air sedikit je untuk kasi dia pekat dan lebih mujarab. minum air tadi ni.. yang ni korang boleh amalkan minum sebelum tidur setiap hari. Cuba dan tengok kesannya k.. 




      3.  Pati halia mustajab


nak tawu.. yang ni pon boleh pakai jugak tau.. sebab nya.. dia sekali sapu kat badan memang panas sgt and rasanya memang terbukti boleh membakar lemak-lemak di dalam perot. Cuba dapatkan kat farmasi terdekat k. Rasanya dah banyak jual dah... harga dia lebih kurang dalam RM15- 21.. tertakhluk pada kedai tersebut. Cuba ok! 



What can? and what cant.........??

  • Jangan minum air dalam bilangan yang banyak. lebih-lebih lagi bila makan makanan bersup dan berkuah. Ini akan menambahkan lagi buncit pada perot anda
  • Jangan mandi selepas makan. Seboleh-bolehnya mandi dulu baru makan k.
  • Kurangkan minum ais. tawu ice mesty favourite korang kan? pantang p mana-mana mesty bedal ais punya. ingat kawan-kawan, ais adalah sgt tajam dan boleh membuncitkan perut.  
  • Jangan makan sebelum tidur. Dr Fadzilah Kamsah cakap waktu yg paling sesuai untuk makan adalah 6 jam sebelum tidur. Sebap kita takot makanan yg kita makan tadi menjadi lemak sekiranya tidur. 
  • Menari... kenapa terperanjat? huhu.. kalau nak tawu, di samping berhibur, lemak pada perot korang jugak akan berkurangan ketika menari. So apa salahnya, dalam bilik, pakai headset dan menari mengikut irama yang di pasang! yippi!!
  •  finally.... kalau boleh..... buat lah senaman selalu.. yang tu paling penting sebenarnya... Tambahan lagi senaman berbentuk sit-up... 


kalau boleh korang amalkan sit up ni sebelum dan selepas bangun tidur... untuk permulaan buat 10 kali pun xpe.. slow-slow lama korang akan jadi biasa dengan amalan ni.. dan perot korang pun akan jadi ringan.. betol x? Kalau badan terutama perot dah ringan, barulah rasa bebas dan rajin nk buat kerja.. So apa tunggu lagi... 


                                 Jom mulakan sekarang!!!!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

buble wish akmal azam

facebook

fieza lalaa glitters

free glitter text and family website at FamilyLobby.com