Wednesday, January 17, 2018

Result UPT negatif: mengandungkah aku?

Dilema betul bila result upt negatif tapi period lewat and tak datang2 kan... aku tgh mengalaminya sekarang ni.. Al kisahnya hari pertama last period aku dtg adalah pada 19 november 2017. Aku ni jenis yang period agak teratur setiap bulan.. period aku akan dtg lewat 2 hari atau awal 2 hari setiap bulan.. tapi paling lewat datang aku penah kena false alarm konon2 pregnant period delay 2 minggu.. time tu betul2 lah ingat pregnant tapi kecewa bila lps 2 minggu period dah dtg..

Tapi kali ni aku dalam dilema lagi.. period aku kali ni delay paling lama dalam sejarah hidup aku ni.. spatutnya bulan 12 dalam 20 haribulan mcm tu period aku datang... tapi kalau tmasuk besok dah genap sebulan period aku lewat..

Minggu lepas ada jugak buat test upt.. excited sgt ingat konon2 preganant.. balik je kerja, petang terus singgah watson beli pregnancy test. Aku pakai pregnancy test yg sedang2 je.. rm 12. Balik tu disebabkan sgt excited aku trus buat pregnancy test upt.. tengok result kecewa sebap negatif. Aku buat senyap2 je tak bagitahu encik husband sebap tak nak dia tahu yang aku period delay. Nanti beliau excited lagi mcm yg lepas.. sedih je bila tak jadi nanti.

So lepas pada tu aku confident la xpregnant.. kawan aku cakap buat petang kurang tepat sebap hcg tanda pregnant tu kurang dlm air kencing.. elok buat pagi2.. dalam hati cakap tengok lagi sminggu kalau tak period jugak aku akan uji lagi sekali..

So besok genaplah seminggu yg aku nak tunggu tu.. dilema dia tak payah cakap..tiap2 malam google berejam lama baca pengalaman orang lain pregnant. Baca kot2 ada kemungkinan aku mengandung walaupun upt negatif. So bila baca pengalaman orang lain.. aku pun bersemangat balik kot2 mungkin ada harapan nak preggy. Baca org lain tulis kadang2 sampai 3 ke 4 bulan baru nampak dua jalur dekat upt tu.. ada yg xnampak2 sampai kena buat scan.. ultra sound dan sebagainya..

Yang lagi geram bila aku baca tanda2 orang  pregnant.. perut cramp tu aku tak tawu rasa dia cmne.. kadang aku takut perasaan aku je yg lebih.. mual muntah semua mmg tak ada.. tadi ada la kejap rasa pening sikit.. mual mcm perut kosong sikit.. tapi aku rasa maybe sebap aku drive.. aku mmg ada penyakit mabuk kereta sejak dari kecik. Mungkin sebap perasaan aku je lebih. Sakit pinggang pun ada la sekali rasa sakit. Tanda lain ada gak rasa 2 kali macam nak period rasa sakit perut.. tunggu besoknya xperiod jugak.. kadang2 rasa berangin pun ada asyik nk buang angin sepanjang hari.. lagi satu selera makan memang menggila.. lepas makan lapa lagi.. nak makan lagi.. mcm xcukup2 makan..  semua tanda2 ni mmg bagi aku harapan nak preggy..

Tapi kadang2 perasaan aku kuat mengatakan yg aku preggy.. sebapnya aku xpernah delay period sebegini lama.. besok sebelum pergi kerja aku nak singgah farmasi beli pregnancy test..19hb january ni genap sebulan lewat.. so aku nak test pagi2 lepas bangun tido..nanti aku update balik dalam post yang sama.. doa kan ya.. !!

Sunday, November 12, 2017

Kereta sewa murah

🚙 *KERETA SEWA BANDAR SUNWAY (PETALING JAYA)

Kereta: Bezza Auto 1.3 Advance
*(full accessories)*

Eji: 018-7616747
Azia : 016-2160315

Detail Booking dan Maklumat
(Sila reply dalam format di bawah)

PENYEWA:
Nama Penuh:
No. IC:
No. Tel:

2nd Contact (Back Up)
Nama Penuh:
No. IC:
No. Tel:

Alamat Terkini:

Mula sewaan (Tarikh dan Masa):
Tamat sewaan (Tarikh dan Masa):

Kawasan kegunaan:

############################

Salinan Dokumen Wajib (4 Item)
(Serah semasa ambil kereta)
1. IC
2. Lesen
3.  (Pilih 1)
Kad Pelajar@Kad Pekerja@Bil Utiliti Terkini (Syabas, TNB, Astro etc )@Payslip Terkini.
4. IC 2nd Contact (Family/Kawan/etc)

#############################

Kereta: Bezza Auto 1.3 Advance ( Full Accessories)

Security Depo: RM100
1. Bank in ke akaun *CIMB  (76-1222582-5)* jika confirm nak booking kereta
2. Deposit penyewa akan pulangkan selepas 3 hari  untuk semakan saman PDRM/JPJ/PBT dan lain-lain.  (9pm-10pm setiap hari).

Rate: RM130 per day (weekend)
RM 110 (weekday)
Extend Rate: RM10 per jam
Extend 1/2 Day : RM80
Office Hour. 9AM-9PM.
Minimum 18 tahun. Lesen D.

FB Page: mutiaragemilangjaya@gmail.com
mzteksi.gmail.com

################################

PERKHIDMATAN DRIVER JUGA DISEDIAKAN JIKA TIADA PEMANDU.......
DENGAN SYARAT

1.RM 120 / PERDAY (Boleh runding jika melebihi 2 hari sewaan)
2.MINYAK DAN TOL BAWAH TANGUNGAN PENYEWA
3.PENYEDIAAN TEMPAT TINGGAL JIKA PERLUKAN BERMALAM.

Friday, June 10, 2016

Wednesday, February 3, 2016

Tuesday, February 2, 2016

Trip ke Legoland

Holla semua.. ok kalau nak tahu aku baru je balik dari Legoland Johor hari sabtu and ahad lepas... (30 and 31 Januari 2016). Kalau nak tahu aku beli tiket untuk ke Legoland ni dekat Matta Fair bulan 9 tahun 2015... masa beli tiket ni aku amik siap sekali dengam pakej ke Legoland.. Kalau xsalah harga pakej 1 kepala masa aku amik ni dalam RM 220 macam tu harga offer masa MattaFair.  Masa tu aku amik booking hotel hallmark regency. Kat bawah ji aku cerita satu persatu tentang aku punya travel haritu okay.

30hb Januari 2016

Aku bangun lambat pukul 10 pagi.. sebap tunggu encik suami balik dari kerja... dah la bangun lambat kul 10 pagi.. lepas tu baru lah sibuk2 nak packing barang semua u olsss.. kesudahan dia pukul 12 baru aku bgerak dari rumah... tapi nk kena amik anak buah si budak tasha lagi dekat keramat.. padahal perjalanan amik masa dekat 4 jam jugak nak ke johor bharu. So kesudahan dia lepas pukul 3 baru aku bergerak dari KL.. so aku drive dengan menaiki kereta kancil sampai lah dekat hentian RnR Ayer Keroh, encik jusband suruh berhenti rehat katanya.. so stop jela waktu tu walaupon ikotkan hati nak teruskan je perjalanan... lepas je kitorang siap beristirehat and nak sambung perjalanan, kt sini lah aku telah ditimpa dugaan bila kereta kancil aku buat hal kengkawan... bila start je terus bunyi kuat gila dekat enjin.. sebapkan takut nk teruskan perjalanan.. kitorang call la Plus untuk dtg tgkkan kereta.. xlama lepas plus dtg.. kitoang deal la dgn tukang toink untuk tarik kereta dari ayer keroh tu balik ke KL. Kesudahan dia RM 600 duit aku melayang bgitu sahaja chuolls... sedih sgt tau. Then lepas tu encik husband call mak dia ajak dtg berjalan ke JB.. so lepas mak mertua aku pikir2 then dia pun setuju and dtg lah pickup kitorang kt RnR tu.. pjalanan amik masa dekat 2 jam nak sampai ke JB. Bayangkan dari pukul 4.30 aku kat RnR Ayer Keroh tu.. pukul 1 pagi baru lah aku sampai hotel dan check in.. lepas check in je mmg xfikir banyak... xmandi xapa.. terus tidur je sebap kepenatan gara2 kereta breakdown.. fuuhh semangat.. kalau tak.. lepas jugak aku bjalan2 dekat bandar Danga Bay malam tu...

31 Januari 2016

Pagi tu kul 7.45 pagi aku tersedar dari tidur.. itu pun setelah handphone aku dah berbunyik2 10 kali kena call dengan adik ipar and mak mertua.. penat sangat uolsss... apalagi.. basuh2 muka xmandi trus semangat turun dekat M floor untuk having breakfast. Oh ya... lupa nk cerita yg aku xmnginap dekat hotel legoland.. mahal sangat rm 700 1malam... aku menginap dekat hotel hallmark regency hotel je.. kalau kira untuk satu bilik deluxe biasa aku dapat rate Rm 120 mcm tu je... ok lah tu kan.. huhu... jarak antara hotel hallmark regency ni dengan legoland ni adalah lebih kirang 20 minit jugak nak samai le legoland. Masa pergi aku naik taxi executive je.. kena charge RM 54 ringgit untuk sampai ke legoland.. masa ni mak mertua aku takut nak hantar.. dia xnak masuk legoland katanya so dia duduk2 hotel je.. balik baru dia dtg pickup kitorang. 


So review aku untuk hotel ni biasa2 lah... kalau ikut kawasan persekitaran mmg dekat town.. bandar JB. Banyak shopping mall untuk kau berjalan2 and dekat jugak dengan bandar danga bay. Cuma dekat kawasan hotel tu mcm tempat cina tak banyak malay food kt situ.. so korang boleh cuba review tgk hotel lain k.. In term of bilik pulak aku rasa ok lah...semua mcm hotel biasa... ada mini fridge, extra bantal, iron board and dlm mini fridge dia standby air anw and mineral.. kalau kau amik or guna dia akan charge ko nanti.. huhu.. marketing sungguh.. dari sefi brekfast bagi aku so so je sebap hotel ni hotel 3 bintang je so xleh nak expect lebih sangat. Boleh lah..masa aku dtg ritu menu yg dia sediakan bihun soto, nasi goreng, cekodok2, roti bakar,conrflake, stall untuk telur and sedikit air n buah2... boleh jelah sebap da biasa sgt makan cenggini kan.. dari segi sedap pon rasanya makan sebelum ni kat hotel morib lg lazat. Tp ok lah untuk alas perot... hehe.. 


Sambung cerita... lepas habis je breakfast kitorang terus naik bilik..mandi2 and bersiap2 untuk ke legoland naik teksi.. kul 11 beli tiket combo dekat kaunter untuk anak buah, adik ipar and adik aku kemudian kitorang pon masuk lah ke Legoland.  Mula2 kitorang habiskan masa dekat water theme park dulu kemudian baru lah masuk dekat theme park lego ni... actually kalau nak habiskan masa 1 hari untuk kedua2 theme park ni kan mmg rasa xpuas sebap masa terhad tp banyak sangat game yg ko xdpt main... tu yg frust tu.. huhu... aku main apa yg dapat je tp mmg rasa xpuas and agak membazir gk sebap bayar tiket je dah dekat rm 150 seorang tp xdpt nak main puas2 kan... tp xpelah... aku redha je and yg pasti lepas ni kalau dtg aku akan amik 2 hari untuk percutian ke Legoland ni. Baru la puas hati.. kat bawah ni antara gmbar2 seoanjang aku berada dekat legoland ni..

Lagi satu.. aku nak story jugak pasal duit and harga makanan2 kt dalam ni yg agak expensive jugak.. start drpd locker dia je rm 40 untuk sewa yg besar untuk satu hari.. tp kebaikan dia ialah ko boleh bukak tutup locker ko tu berapa kali nak dlm tempoh sehari tu.. itu kebaikan dia.. hehehe... pasal makan pon jgn cakap lah.. kt dalam legoland ni.. harga donut dia je dah rm 5 satu tau.. kalau set snake plate kfc kt lua boleh dpt rm 15 per set... to kat dalam ni harga combi dia untuk satu set je dah rm 25. Pergh.. mmg la tsangat mahal.. tp if let say kalau korang nak makan lua bole je korang kua dulu dr bgunan tu and makan dekat restoran luar legoland lepas tu masuk balik.. kat luar tu ada banyak fast food restaurant antaranya seperti kfc, chicken rice shop, secret recipe, old town white coffee dan lain2.. huhu.. 

Ok kat bawah ni antara game2 yg aku enjoy legoland ni.. ada je yg aku xsempt nak main sebap kitorang nak balik cepat (palai kereta org) and kebetulan plk cuaca hujan.. huhu.. frust betol... tp xpe lah.. Insyaallah kalau dtg lagi akan dtg aku akan makesure aku dtg untuk 2 hari..baru puas hati.

Enjoy the moment and view.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

buble wish akmal azam

facebook

fieza lalaa glitters

free glitter text and family website at FamilyLobby.com