Saturday, November 10, 2012

Diploma pengurusan maklumat


                       Bagi sesiapa yang baru dapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke uitm dalam kos atau bidang pengurusan maklumat,mesti ada yang pernah tertanya-tanya kan apa tu pengurusan maklumat.. belajar tentang apa and skop kerja dia macam mana.. luas dan macam mana lah agaknya ya kan.... Kalau nak tawu aku pun pernah tertanya-tanya kat diri sendiri suata masa dulu 

"apa tu pengurusan maklumat?? ish.. macam tak pernah dengar je... Boleh bawak ke, senang dapat keja ke nanti and bla, bla, bla.... " 

Akhirnya aku yang kurang and cetek pengetahuan pasal kos ni pun main sebat je terima jugak kos ni.. Al-maklumlah peluang nk layakkan diri dalam kos-kos lain dah tak lepas disebabkan result spm yang kurang cemerlang kan....

                        So kat sini, aku rasa tak salah kalau aku wujudkan satu entry dalam blog aku yang bersawang and jarang update ni mengenai apa kos ni sebenarnya.... sharing is caring right?? walaupun aku rasa aku bukan orang yang selayak-layaknya nak ceritakan tentang apa kos ni, tapi nak cerita sikit-sikit tu boleh la...........

                      Actually diploma in pengurusan maklumat actually banyak belajar pasal cara uruskan maklumat.... YAng lebih jelas lagi, actually kos ni banyak berkaitan pasal library... Ahha, aku tak nak kaitkan dengan library sangat sebenarnya sebab pada peringkat diploma, actually subjek ni cuma general je, student akan belajar pasal system, yang peringkat basic macam buat web site, pasal komputer, pasal nak buat interactive multimedia , pasal rekod and  so on.. selain dari tu, macam aku cakap tadi, subjek pengurusan maklumat ni pun lebih tertumpu kepada perpustakaan.... 

                    Yang dimaksudkan dengan belajar tentang perpustakaan tu adalah contoh-contoh dia macam belajar jenis-jenis perpustakaan yang ada kat dunia ni macam perpustakaan negara, perpustakaan sekolah, perpustakaan akademik dan sebagainya.. belajar fungsi perpustakaan dan yang berkait dengannya lah.. selain dari tu, buku-buku dalam perpustakaan tu pun korang akan belajar tau... kalau nak tawu, setiap buku yang ada dan diterbitkan kat dunia ni mesti akan ada rekod dia yang disimpan oleh library.. so korang akan belajar macam mana cara-cara nak rekod benda tu.. tapi jangan risau sangat.. peringkat diploma korang just akan belajar yang basic-basic and simple jer....



                   Bercakap dari segi kos pengurusan maklumat atau information management ni senang nak score ke tidak... ha, yang tawu aku boleh cakap jangan risau jer.. actually kos ni just memerlukan daya penghafalan yang kuat je sebenarnya.... bermaksud sebarang jenis kemahiran mengira dalam matemetik tak diperlukan, so bagi sesiapa yang memang tak minat subjek matematik macam aku ni, ini adalah subjek yang sesuai dengan anda.... huhuhu!! Asalakan korang boleh faham apa yang pensyarah ajar masa kuliah, and korang balik baca, faha, and hafal.. insyaallah koleh boleh grad dengan cemerlang dalam subject ni.. Actually aku bercakap ni dari pengalaman kawan-kawan jugak sebap ada yang cakap subjek ni paling senang nak score.... dari segi keseronokan balajar tentang kos ni pulak tergantung kepada individu.. sesiapa yang minat buku, ulat buku, selalu pergi library, sangat-sangat lah disarankan untuk amik kos ni.. sebap lepas grad korang boleh pembantu pegawai perpustakaan dengan diploma tu tau.. kalau nak jadi librarian or pegawai perpustakaan kena lah korang sambung degree pulak kan... 

                    hum, lagi satu bila korang dah habis je grad nanti.. korang boleh sambung ke degree, yang mana bila nak sambung ke degree, benda ni dia akan pecah kepada beberapa kos seperti degree in sains perpustakaan, degree in school resource center, degree in record dan jugak degree in system... so yang tu korang boleh ikut kemahiran and kepakaran masing-masinglah... Aku tak tawu kalau universiti lain, tapi kalau kat uitm, rasanya subjek ni kat kampus uitm machang kelantan, kampus uitm kedah, kampus uitm johor, dan jugak kampus uitm sarawak... untuk degree pulak berdiri dengan gahnya (huhu) kat puncak perdana...

                  rasanya ini jer yang boleh share pasal diploma in information management  ni..... harap-harap information yang aku bagi ni berguna untuk orang-orang yang blur macam aku dulu... tak tawu ape kejadah kah information management tu.. huhu! so, bijak-bijak lah buat keputusan yer!!!







                   

15 comments:

  1. kos pengurusan maklumat ni bidang ict OR bidang pengurusan? nak isi upu ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry late.. tak terlalu kepada ict sangat.. lebih kepada pengurusan.. pringkat diploma belajar mcm2...

      Delete
  2. Dpat bape a spm

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum..mtk tolong.sy brminat nak ambil dip course ini.sudah bekerja.ada x utk parttime? harap cik dpt bantu. bleh inbox fb sy x.email sy andy_haikal@rocketmail.com

    ReplyDelete
  4. Kak.. Pengurusan perpustakaan and pengurusan maklumat ni sama je ke..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ambil pengurusan maklumat di uitm.. selalunya diploma akan belajar secra menyeluruh.... termasuklah perpustkaan tu.. dia akan sentuh semua subjek... bila d masuk degree baru dia akn pechkan mngikut apa yg kita mintk. ada 3, pengurusan perpustakaan, pengurusn rekod, dan jug sistem. yang lelaki semuanya sellu akan ambil sistem. pengurusn perpustakaan beljar dgn dlam lg tentng teknik2 katalogkn buku dan sebagainya. sy skrg tahun akhir degree pengurusan perpustakaan,

      Delete
  5. Salam.. sy ada mntak dip pengurusan maklumat dlm upu. cuma akak tahu x dgn siapa sy bleh dpatkan bahan2 untuk subjek yg bkal sy blajar smasa part 1? Sy nak tgok smada sy bleh bwak x kos nie... skrang sy kena mmilih upu atau unikl miat.. tq :)

    ReplyDelete
  6. Nk tny course nie ade temuduga tak?

    ReplyDelete
  7. mmm..best ke course ni, brapa taun yaa koss ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

buble wish akmal azam

facebook

fieza lalaa glitters

free glitter text and family website at FamilyLobby.com